Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

CARBONATIC

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Ura-ura yang mengatakan model lagenda Civic Type-R akan dihentikan, nampaknya meleset terok apabila Honda mengambil keputusan, memperkenalkan model generasi ke-5 baru-baru ini. Walaupun falsafah rekaannya dah jauh menyimpang, kuasa yang ditawarkan cukup mengkagumkan hingga mampu mencatat rekod FWD terpantas di litar Nürburgring.

Macam henpon, pengenalan model baru bukan bermakna yang lama tak bagus. Masih ramai yang percayakan kehebatan model terdahulu seperti Civic FD2R, walaupun usianya kini sudah mencecah 10 tahun. Populariti model ini turut menarik minat barisan pengeluar komponen ternama menghasilkan sesuatu untuknya. Itu yang jadi seronok. Kalau baru keluar showroom dah sibuk nak bikin, itu tokey beras namanya.

Kerana ingin menjadi Type R, Syed telah merombak semula kereta ini untuk kelihatan ranum di mata masyarakat. Asasnya menggunakan kit badan lengkap Civic Mugen RR, sebelum diserikan dengan komponen jenis karbon fiber di sana-sini. Sampai satu tahap, timbul pulak idea nak bikin kaben semua. Maka mana-mana komponen yang boleh tanggal telah dihantar untuk proses salutan karbon, mirip kepada jentera Mugen RR Advanced Concept.

Kehensemannya ditambah, dengan pemasangan spoiler GT karbon fiber dari Mugen, termasuk unit sunroof di bahagian bumbung. Bagi kurangkan masalah tompok-tompok, bahagian yang takleh nak tanggal telah dibalut dengan stiker berwarna hitam. Tak padan nak antor cat katanya…

Untuk menjadi Jenis R sebenar, kedudukan enjin asal telah disandarkan pada tepi tiang workshop dan diganti dengan enjin K20A Type R. Tak cukup dengan tu, Syed turut menggantikan blok asal dengan blok K24A dari Odyssey Absolute. Bagi memastikan ia boleh digasak, keseluruhan piston telah ditukar kepada set piston berprestasi tinggi dari Wiseco.

Bekalan udara dibawa masuk dari kit induksi, yang mengandungi sebuah penapis udara dan paip ram karbon fiber dalam satu pakej. Ia akan bercampur dengan zarah-zarah petrol yang dihantar oleh pam petrol Walbro, terus ke set injektor 310cc. Bagi memastikan kadar letusan yang sempurna, proses ini perlu ditala semula menggunakan perisian dari Hondata.

Kotak gear manual 6 kelajuan Civic FD2R yang digunakan, dipertingkatkan kecekapannya dengan set klac dari Ogura Racing. Mengakhiri proses naik taraf ini adalah binaan sistem ekzos baru menggunakan paip kustom 2.7-inci dengan muffler berkembar Akrapovic. Kaben lagi!

Jengok ke ruang roda, nampaknya ada dua set rim yang Syed gunakan. Kedai kasut sukan yang dia pegi kehabisan stok agaknya. Depan pakai Enkei RPF1 kaler silver, manakala belakang dihiasi rim jenis WedsSport TC105N. Di sebalik rim-rim bersaiz 17-inci ini, tersemat set brek gigit Brembo untuk kuasa hentian. Memastikan jentera ini mampu dikawal dengan sempurna, sistem gantungan telah diperkemaskan semula mengunakan set suspensi rekaan FTuned Suspension.

Obsesi Syed terhadap kaben tidak terhenti setakat luar jer, malah ruang dalaman juga mengenakan konsep yang sama. Selain salinan komponen Civic FD2R, mana-mana panel boleh cabut telah digantikan dengan kit karbon fiber. Kemudian ada panel meter Mugen RR, sepasang tempat duduk Bride Illest dengan harness Takata, serta balutan fabrik Bride untuk tempat duduk belakang. Tersembul di tengah papan pemuka adalah 3 buah meter Defi untuk tujuan pemantauan, diikuti tambahan unit paparan gear Ultra dan Defi ZD.

Secara halus, komponen karbon fiber kini tidak hanya digunakan untuk mengurangkan berat, tapi juga untuk tujuan kosmetik. Atas usaha Syed yang tak penat-penat, kereta ini pernah memenangi kategori Best Carbon Fiber di acara CFDC Mega Gathering yang telah berlangsung baru-baru ini. Tengok pun tau kenapa…

SPESIFIKASI

    • Pemilik – Syed Khalis 69
    • Pengeluar – Honda
    • Model – Civic FD2
    • Tahun – 2011
    • Enjin asal – K20Z
    • Modifikasi Enjin – K20A Type R, blok K24A Odyssey Absolute, piston Wiseco, kit induksi karbon fiber, pam petrol Walbro, injektor 310cc, ECU Hondata
    • Transmisi – Kotak gear manual Civic FD2R, klac Ogura Racing
    • Ekzos – Paip kustom 2.7-inci, muffler berkembar Akrapovic
    • Luaran – Kit badan Civc Mugen RR, salutan karbon fiber, spoiler GT Mugen karbon fiber, sunroof
    • Suspensi – FTuned Suspension
    • Brek – Brembo
    • Rim & Tayar – Enkei RPF1 (depan), WedsSport TC105N (belakang) & Bridgestone Potenza RE003 235/45R-17
    • Dalaman – Salinan komponen FD2R, kit panel karbon fiber, panel meter Mugen RR, tempat duduk Bride Illest, harness Takata, balutan fabrik Bride tempat duduk belakang, meter Defi, paparan gear Ultra, Defi ZD
    • Bengkel – MizTech Autowork, Tuned By Noh, DT Tinted Acc

Previous Post

TORA DATANG LAGI…

Next Post

NO PISTONS

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved