Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

NO PISTONS

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
05/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Gua sebenarnya sangat kagum dengan jenama Mazda. Mereka bukanlah pembuat kereta terbesar di Jepun, apatah lagi di peringkat global. Tapi mereka cukup berani. Kalau pembuat kereta lain suka ikut trend semasa, Mazda pulak akan mencipta haluannya dan membentuk trend yang tersendiri.

Penghasilan enjin rotary, mungkin antara langkah mereka yang cukup berani. Ketika mula diperkenalkan pada era 60’an, enjin jenis ini pernah cuba dikomersialkan pelbagai pengeluar ternama, namun gagal menghasilkan sesuatu yang benar-benar lasak. Tanpa siapa menduga, sebuah pengeluar kecil yang berpengkalan di Hiroshima telah melancarkan kereta berenjin rotary pertama mereka pada tahun 1967, dikenali dengan nama Mazda Cosmo 110S. Sejak itu teknologi enjin rotary Mazda terus berkembang, tanpa berani diganggu gugat oleh barisan pengeluar lain.

Antara rekaan terhebat Mazda ialah model RX7 FC3S. Menggunakan enjin 13B dengan sistem pengecas turbo berkembar, ia merupakan peningkatan terbesar berbanding enjin rotary 12A terdahulu. Rekabentuk pulak diilhamkan daripada Porsche 924/944, yang sampai hari ini masih kelihatan segak walaupun sudah mencecah usia 30 tahun!

FC3S juga mempunyai casis yang sangat kukuh dan seimbang. Biarpun dah masuk kategori klasik, ia boleh menerima pengubahsuaian yang agak ekstrim untuk tujuan prestasi. Paling dekat, kereta milik Jack ni yang boleh dijadikan contoh bagaimana ia masih lagi relevan di zaman digital.

Enjin tanpa piston ini sebenarnya cukup mudah menjana kuasa yang tinggi. Buat permulaan, kedudukan enjin asal telah digantikan dengan enjin rotary jenis 13B-REW daripada adiknya RX7 FD3S. Memastikan kuasanya tidak mudah bocor, bahagian apex seal pada rotor telah digantikan dengan komponen berprestasi dari Super Seal, diikuti kerja-kerja porting (half bridge) di bahagian perumah rotor.

Ubahsuai ini memungkinkan Jack menyumbat masuk sebuah turbo Garrett A/R72. Ia ditenggek pada manifold turbo kustom, sambil ditemani wastegate dari HKS. Untuk proses sejukan, boost yang terbentuk akan melalui intercooler yang sengaja dibaringkan pada ruang bumper depan. Ia kemudian dibawa ke mulut throttle body Nissan VH45, menerusi binaan paip sambungan kustom. Hasil pelarasan yang dibuat, jumlah boost berlebihan akan dibawa keluar melalui injap pelepas GReddy Type-S.

Lagahan petrol memerlukan sistem bahan apinya dirombak semula. Menggunakan dua bijik pam jenis Bosch 044, ia dihubungkan pada sebuah tangki surge sebelum di bawa ke rel bahan api kustom. Selepas ditembak masuk oleh set injektor berkapasiti 1000cc, sebuah pelaras bahanapi Turbosmart kemudiannya bertugas mengawal tekanan dan proses balikan petrol dari rel berkenaan.

Senarai modifikasi ini sudah tentu memerlukan sistem pengurusan enjin yang lebih cekap. Untuk itu, unit ECU asal telah digantikan dengan unit pengurusan MicroTech LT10S yang boleh diprogram semula. Turut sama membantu modul nyalaan MicroTech X4, yang akan memastikan kuasa cucuhan boleh berlaku dengan sempurna.

Untuk luaran, pemasangan kit aero kembang dari R-Magic telah berjaya mengubah rupa paras RX7 ini, menjadi sebuah kereta yang agak sado. Ia kemudian dipadankan dengan bumper depan RE Amemiya, nama yang tidak asing dalam dunia modifikasi Mazda. Ada jugak cermin sisi Ganador, serta spoiler GT dan diffuser gentian karbon di bahagian belakang. Tidak ketinggalan penggunaan kit lampu tetap jenis projektor, sekaligus menghilang imej lampu pop-up sebelum ini.

Badan yang kembang takkan sempurna kalau rim besar lidi yang digunakan. Untuk rupa lebih seimbang, bahagian ruang roda telah diisi rim Volk Racing TE37 bersama tayar Hankook Ventus RS-3. Di sebalik rim depan kelihatan kit brek 8-pot dari D2, yang akan memastikan kereta ini mampu berhenti pada waktunya.

Bahagian dalaman antara yang paling kemas pernah gua tengok, lagi-lagi untuk kereta senior berkuasa besar seperti ini. Keseluruhan papan pemuka, panel pintu, pilar dan tempat duduk belakang telah dibalut semula dengan kemasan fabrik Alcantara yang lebih mewah. Sepasang tempat duduk Mazdaspeed kemudiannya menggantikan tempat duduk asal, diikuti penggunaan stereng Nardi Torino, tombol gear Mazdaspeed, serta sebuah meter GlowShift dan deretan meter Defi untuk tujuan pemantauan.

Ada desas-desus mengatakan Mazda, sedang membangunkan enjin rotary baru setelah model sejuk RX8, dikeluarkan dari katalog jual beberapa tahun lalu. Kalau gitu katanya, ada lagilah talian hayat baru untuk Jack dan peminat rotary lain lepas nih!

SPESIFIKASI

      • Pemilik – Jack
      • Pengeluar – Mazda
      • Model – RX7 FC3S
      • Tahun – –
      • Enjin asal – 13B RE
      • Modifikasi Enjin – 13B REW, apex seal Super Seal, half bridge port, turbo Garrett A/R72, manifold turbo kustom, wastegate HKS, paip intercooler custom, intercooler HKS, injap pelepas GReddy Type S, pengawal boost Turbosmart, throttle body Nissan VH45, pam Bosch 044 berkembar, tangki surge kustom, regulator Turbosmart, rel bahan api kustom, injektor 1000cc, icrotech X4, Microtech LT10S, radiator Koyo, pulley aluminium kustom, penyejuk minyak kustom
      • Transmisi – Manual 5 kelajuan, klac plet berkembar OS Giken
      • Ekzos – Paip kustom 3-inci, muffler Apexi
      • Luaran – Kit aero R-Magic, bumper depan RE Amemiya, cermin sisi Ganador, spoiler GT & diffuser belakang karbon fiber, kit lampu tetap projektor
      • Suspensi – Suspensi boleh laras D2
      • Brek – Kit brek 8-pot D2 (depan), standard (belakang)
      • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 17-inci & Hankook Ventus RS-3 235/40R-17
      • Dalaman – Balutan fabrik Alcantara, tempat duduk depan Mazdaspeed, stereng Nardi Torino, tombol gear Mazdaspeed, pemasa enjin Blitz FATT, meter tekanan minyak GlowShift, meter Defi
      • Bengkel – Rom Racing, Sri Rampai

Previous Post

CARBONATIC

Next Post

Anggun Bergaya, Lebih Selamat dan Efisien

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved