Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TORA DATANG LAGI…

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
03/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Ini Myvi, sejenis kereta yang dianggap keras dan boleh bertukar menjadi supervillain yang menakutkan. Macam-macam kes pernah dilapor, menyebabkan reputasinya sebagai sebuah kereta yang bagus sedikit tercalar. Kalau van parking tepi jalan pun dia boleh panjat, nak kata hapa lagi?

Formula rekaannya yang tepat, mungkin sebab utama mengapa ia begitu popular di negara ini. Dari adik-adik lepasan sekolah sampailah ke golongan pakcik-makcik, semuanya akan memilih Myvi sebagai kereta harian. Bila dah cecah 1 juta atas jalan, kebarangkalian untuk dipandu oleh mereka yang kurang berpengalaman dah tentu tinggi melangit. Maka terjadilah peristiwa-peristiwa aneh, seperti yang bebas tular di media sosial.

Tapi tu orang lain. Bagi kaki JDM tegar, mereka lebih bijak menghargai kereta yang dimiliki berbanding perut sendiri. Tak pernah tak kilat, nak cari kesan calar pun payah. Lagi-lagi jika dimiliki oleh seorang pengusaha bengkel yang berjaya seperti Angah. Untung jadi Myvi…

Bagi menjeponkan kereta ini, Angah telah menggunakan kit badan Passo Racy yang femes sebagai asas. Memula dulu okey lagi. Tapi bila dah ramai sangat pakai, ia perlukan aura tambahan yang boleh menarik perhatian ramai. Paling jelas penggunaan komponen kemasan karbon kelvar, khasnya di bahagian hood, fender, lip, boot dan pintu belakang. Tak cukup dengan tu, beberapa komponen lain turut diselit sama. Ada cermin sisi Ganador, eyelid Sirion, skup Boon X4, spoiler hood Daihatsu Max, spoiler GT Cusco, step bumper Passo, tow hook D-Sport, serta penutup minyak Swift Sport yang diubahsuai. Meriah sungguh!

Berkait dengan penampilan adalah set roda yang digunakan. Angah memilih rim RacingHart CP-035 dan dipadankan bersama tayar Yokohama Advan Neova AD08R bersaiz 195/55R-15. Di sebalik rim depan, tersemat kit brek Grippen untuk membantu sektor hentian. Manakala sistem gantungan menggunakan set suspensi boleh laras dari Tein.

Takkan lengkap sesebuah modifikasi itu jika bahagian enjinnya tidak diusik. Sebab banyak sangat hakat yang ada di kedainya, Angah gantikan nadi asal dengan enjin siri K3-VET dari YRV. Sebelum boleh tersengih kerang, ia telah dinaik taraf pada kadar yang sesuai, termasuk perubahan kosmetik yang agak menarik.

Sistem pendesak menggunakan turbo jenis TD04L, yang disangkut pada manifold turbo kustom. Juga disertakan sebuah wastegate Tial 38mm, sebelum disejukkan oleh unit intercooler kustom yang dialih ke ruang bumper depan. Boost yang terhasil kemudiannya dibawa ke manifold kemasukan kustom, manakala tekanan berlebihan akan dilepas keluar menerusi injap pelepas HKS SSQV.

Tidak kurang pentingnya adalah keperluan bahan api yang dihantar oleh pam petrol Walbro, terus ke rel bahan api kustom. Bagi melaras kembali peningkatan yang telah dibuat, ia kini ditala sepenuhnya menggunakan sistem pengurusan Link G4+ Atom.

Kotak gear tiptronik asal macam tak ngam dengan jiwa kelajuan Angah. Jadi ia telah digantikan dengan kotak gear manual Passo TRD Sport M, bersama set klac dari D-Sport. Sistem ekzos pulak dibina secara kustom, sebelum diakhiri dengan sebuah muffler kontot juga dari D-Sport.

Seperti luar, bahagian dalaman juga menerima salinan komponen dari model yang seangkatan dengannya. Ada dashboard, kulit bumbung dan tempat duduk belakang Sirion, panel pintu Boon X4, serta side step dan karpet bonet Passo. Ia kemudian dihujani dengan komponen aftermarket yang pelbagai seperti stereng Sparco, tempat duduk Recaro SR6 dan Tomcat Kevlar, panel CF Modellista, tombol gear TRD, karpet Recaro, cermin tengah Tiffana, juga bar dari D-Sport.

Sesuai dengan peranannya sebagai kereta sokan, aspek pemantauan juga perlu diberi perhatian. Untuk itu, diselitkan beberapa meter tambahan dari Defi, meter digital Defi Advance ZD dan VSD, serta unit RSM Imamura Apexi. Termasuk dalam pakej ini adalah sistem audio lengkap jenama Carrozzeria, yang membolehkan Angah mendengar lagu dangdut Herman Tino!!!

SPESIFIKASI

    • Pemilik – Hafizi Hashim (Angah)
    • Pengeluar – Perodua
    • Model – Myvi 1.3L
    • Tahun – 2007
    • Enjin asal – K3-VE
    • Modifikasi Enjin – K3-VET Daihatsu YRV, turbo TD04L, manifold turbo kustom, wastegate Tial 38mm, intercooler & paip sambungan kustom, manifold kemasukan kustom, injap pelepas HKS SSQV, pam petrol Walbro, rel bahan api kustom, regulator AVS, Link G4+ Atom
    • Transmisi – Kotak gear manual Passo TRD Sport M, set klac D-Sport
    • Ekzos – Paip kustom 2-inci, muffler D-Sport
    • Luaran – Kit badan Passo Racy, hood, fender, lip, boot & pintu belakang karbon kelvar, cermin sisi Ganador, eyelid Sirion, skup Boon X4, spoiler hood Daihatsu Max, spoiler GT Cusco, step bumper Passo, tow hook D-Sport, penutup minyak Swift Sport
    • Suspensi – Tein
    • Brek – Grippen (depan)
    • Rim & Tayar – RacingHart CP-035 15-inci & Yokohama Advan Neova AD08R 195/55R-15
    • Dalaman – Dashboard, kulit bumbung & tempat duduk belakang Sirion, panel pintu Boon X4, side step & karpet bonet Passo, stereng Sparco, tempat duduk Recaro SR6 & Tomcat Kevlar, panel CF Modellista, tombol gear TRD, karpet Recaro, cermin tengah Tiffana, bar D-Sport, meter Defi, Defi Advance ZD, Defi VSD, RSM Imamura Apexi, sistem audio Carrozzeria
    • Bengkel – Tora Tora Motorsport, Shah Alam

Previous Post

Acara Kereta Modifikasi Indoor Terbesar di Malaysia

Next Post

CARBONATIC

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved