Sebanyak 30 buah Vellfire milik ahli-ahli Vellfire Owners’s Club (VOCM) dari seluruh Malaysia telah menyertai Konvoi Kembara Langkawi 2020 yang diadakan dari 1 hingga 4 Oktober lalu. Sebelum perjalanan dimulakan, semua peserta berkumpul terlebih dahulu di kawasan Rehat & Rawat (RNR) Rawang Arah Utara. Para peserta bergerak ke Jeti Kuala Perlis sekitar jam 3 petang dan tiba di Jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 10 malam dan bermalam di Putra Brasmana Kuala Perlis.
Keesokan harinya yang juga merupakan hari yang kedua, para peserta berkumpul di hadapan Jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi. Perjalanan menggunakan feri ini memakan masa selama hampir 2 jam. Sebaik tiba di Langkaw, para peserta dibawa ke kedai nasi campur Kak Yan untuk menjamu selera. Kemudian, para peserta mengambil peluang ini membeli belah di Haji Ismail Group dan Idaman Suri. Seterusnya, para peserta bergerak pula menuju ke Hotel Langkapuri Inn di Pantai Chenang.
Pada hari berikutnya, para peserta meneruskan aktiviti dengan melawat Kilim Geoforest Park dan berkesempatan memberi helang makan. Sejurus itu, para peserta konvoi bergerak ke Dataran Helang di kuah untuk menikmati hidangan makan tengah hari di Nasi Ayam Pak Ya. Setelah selesai melaksanakan aktiviti pada siang hari, para peserta menjamu selera untuk makan malam di Langkapuri Inn. Sebelum bergerak pulang menaiki feri keesokan harinya, para peserta sempat melakukan aktiviti riadah dan berseronok di pantai.
Bagi makluman, Vellfire Owner’s Club (VOCM) ini telah ditubuhkan pada tahun 2017 dan disertai hampir 500 orang ahli setakat artikel ini ditulis. VOCM ini dinaungi tuan presiden Encik Kamaluddin Bin Zait @ Said bersama naib presiden Dato’ Mohad Fariz Bin Hasan. Semoga VOCM terus maju jaya dan menganjurkan pelbagai aktiviti lain di masa hadapan. Sekiranya anda pemilik Vellfire dan berminat menyertai kelab ini, layari Facebook VOCM VELLFIRE OWNER’S CLUB MALAYSIA atau VELLFIRE OWNER’S CLUB MALAYSIA di Instagram.