Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Mendahului Senarai Kereta Terpakai Paling Laris

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
12/10/2020
in BULETIN, UTAMA

Permintaan memberangsangkan untuk kenderaan terpakai berterusan ke suku ketiga tahun ini dengan peniaga terus mencatatkan pemulihan penjualan yang mantap, dipacu oleh insentif moratorium dan cukai kerajaan. Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) Datuk Tony Khor berkata, penjualan tahun ke tahun untuk bulan Julai melonjak melebihi 25 peratus kepada 37,800 unit, sementara untuk bulan Ogos dan September, masing-masing mencatatkan pertumbuhan melebihi 17 peratus tahun ke tahun.

“Insentif daripada kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya pengecualian cukai dan moratorium mendorong lebih banyak aktiviti penjualan sejak Jun.

“Kami memperoleh jualan sebanyak 112,400 unit sejak tiga bulan lalu. Penjualan suku ketiga sudah menyaksikan angka sejak awal tahun sehingga kini (YTD) kepada sekitar 280,000 unit dan kami boleh menandingi jualan purata tahunan industri kerana permintaan terus menggalakkan,” kata beliau kepada Bernama.

Beliau menambah jumlah dagangan tahunan purata untuk kereta terpakai dalam beberapa tahun lalu sekitar 400,000 unit bernilai lebih daripada RM15 bilion, berdasarkan kepada nilai purata RM40,000 seunit.

Khor, yang sudah berkecimpung dalam industri itu lebih daripada 30 tahun, pada masa ini menguruskan 4,325 wakil penjual di bawah payung FMCCAM. Beliau berkata, kenderaan terpakai sudah menjadi komoditi terlaris industri kerana pengguna lebih suka memandu kereta sendiri semasa pandemik Covid-19 dan membeli kereta terpakai untuk menjimatkan wang dalam situasi ekonomi tidak menentu ini.

“Permintaan yang banyak untuk kereta terpakai semasa PKP ialah kereta-kereta yang nilai puratanya antara RM30,000 dan RM40,000.

“Kereta terpakai yang paling laris terjual di pasaran ialah Perodua Myvi. Model itulah yang paling dicari. Myvi adalah yang nombor satu,” kata beliau sambil menambah varian popular lain termasuk Vios (Toyota), City (Honda), Saga dan Persona (Proton).

“Perniagaan sememangnya rancak, terutama kereta terpakai perbatuan rendah yang paling laris. Contohnya Myvi, model ini cuma bertahan beberapa jam sahaja dan tidak berada lama di lot wakil penjual sehingga jarang muncul di iklan.

“Biasanya, Myvi (datang) masuk dan (pergi) keluar sangat cepat. Untuk model yang sangat laku, kami tidak perlu berusaha keras untuk mengiklankannya. Permintaan untuk Myvi turut memastikan bahawa nilai penjualan semula model itu masih tinggi.

Menurut data platform kereta terpakai dalam talian iCarData, susut nilai untuk Perodua Myvi 1.5 AV yang berusia lima tahun ialah 33.44 peratus, atau hanya lebih satu pertiga daripada harga asal.

Dalam nilai mutlak, Perodua Myvi baharu yang dibeli pada harga RM56,518 tanpa insurans pada tahun 2015 boleh dijual pada harga purata RM37,619.99 pada 2019. Sebagai perbandingan, Proton Iriz 1.6 Premium CVT yang bernilai RM59,731 pada 2015 boleh dijual pada purata harga RM30,277.32 pada 2019 – penyusutan sebanyak 49.31 peratus atau hampir separuh, kata laporan itu.

Bagaimanapun, Khor mengingatkan yang trend jualan kereta terpakai yang menggalakkan ini tidak akan kekal lama dan musim sepanduk kemungkinan akan berakhir berikutan tamatnya moratorium pinjaman enam bulan itu.

“Walaupun pengecualian cukai jualan dijangka dapat mengekalkan permintaan, sentimen pembelian pada suku keempat diunjurkan lebih berhati-hati memandangkan insentif moratorium telah berakhir.

“Mood membeli sudah mula perlahan pada bulan Oktober. Kami berharap kerajaan boleh mengumumkan lanjutan tiga bulan lagi moratorium pembayaran balik pinjaman sehingga 31 Disember untuk terus menyokong industri dalam masa pandemik ini,” tambah Khor.

Sumber : Bernama

Previous Post

Konvoi Kembara Langkawi 2020

Next Post

Kereta Muscle Ikonik Australia Keluaran Tahun 1972 Yang Kekal Asli

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved