Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Varian Eksekutif Baharu Untuk Elantra

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/05/2021
in BULETIN, UTAMA

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah memperkenalkan varian Eksekutif baharu untuk Hyundai Elantra generasi ketujuh. Ditawarkan pada harga RM139,888 (Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans) terdapat dua varian yang disediakan untuk dipilih; Executive dan Premium. HSDM yakin dapat menarik pasaran yang lebih luas khususnya untuk kereta penumpang segmen-C.Harga untuk varian Executive lebih rendah RM19,000 berbanding varian Premium tetapi masih menampilkan ciri-ciri yang ada pada varian Premium termasuk SmartSense;

  • Blind Spot-Collision Warning
  • Rear Cross Traffic – Collision Warning
  • Safe Exit Warning
  • Rear Occupant Alert

Selain itu, varian entry level baharu ini turut didatangkan dengan tempat duduk fabrik berwarna hitam, pelarasan tempat duduk manual, LCD Cluster TFT 4.2 inci dan juga cermin pandang belakang siang dan malam.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, En. Low Yuan Lung berkata; “Kami menerima permintaan dari pelanggan yang berminat dengan Elantra terbaharu ini pada harga yang lebih rendah. Sebagai kereta yang diimport penuh, penukaran kadar adalah perkara yang menentukan harga sesebuah kereta.”

“Elantra merupakan sebuah kereta dengan kelengkapan yang diimport penuh dari Korea dan penukaran kadar memberi kesan ke atas harga kereta. Namun begitu, kami tetap mahu menjadikan Elantra ini boleh dimiliki oleh para pelanggan dengan pengenalan varian baharu.”

Elantra ini dibina atas platform kenderaan baru dan juga IVT (Intelligent Variable Transmission) yang disepadankan dengan engin petrol Smartstream G.16. Ia mampu menghasilkan 123PS pada 6,300rpm dan tork puncak 154Nm pada 4,500rpm. Ia juga didatangkan dengan 4 mode pemanduan iaitu Smart, Comfort, Eco dan Sport.

Direka berdasarkan konsep rekaan Sensuous Sportiness dari Hyundai, ia membawa rekaan potongan kristal geometri yang rumit dan permukaan badan dibahagikan, ditambah dengan penggunaan corak jajaran yang menghasilkan Dinamik Parametrik berwarna-warni.

Elantra baharu ini mempunyai garis atap lebih kemas berbanding model sebelumnya dan ruang kepala tidak terganggu. Ruang kepala Elantra ini diluaskan 1030mm di bahagian hadapan dan 947mm untuk bahagian belakang. Jarak roda yang luas memberikan sehingga 964mm ruang kaki dan kelebaran lebih luas meningkatkan lagi ruang bahu di bahagian depan dan belakang. Dengan lebih 474 liter ruang but dan 60/40 tempat duduk belakang lipat yang memberikan kemudahan untuk membawa barang-barang yang besar.

Elantra baharu ini juga memberikan keselesaan, sangat praktikal dan mempunyai pelbagai fungsi. Bahagian interior ‘kepompong’ menyelubungi pemandu dengan teknologi terkini dan kabin serba canggih seperti memasuki kokpit pesawat. Selain dilengkapi dengan 6 beg udara, Elantra turut mempunyai ciri-ciri keselamatan standard yang lain seperti Electronic Stability Control, Antilock Braking System, Downhill Brake Control, Hill-start Assist Control, Brake Assist System, Traction Control System, Vehicle Stability Management and Immobiliser.

Setiap pembelian Elantra didatangkan dengan waranti 5-tahun atau 300,000km (mana-mana sampai dahulu). Sekiranya berminat, anda boleh mengunjungi bilik pameran Hyundai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my.

Previous Post

Rage Against the Machine

Next Post

Subaru XV 2.0i-P 2021 Facelift Dinaik Taraf

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved