Hutan yang tenang jangan disangka tiada raksasa…
Memiliki sebuah jentera berprestasi adalah idaman ramai orang namun tidak ramai yang mampu nak melayan nafsu mereka. Setiap hari pasti ada jentera-jentera baharu yang terhasil dari ramai mekanik hebat di negara kita. Tidak kira apa sahaja model dan jenama, peminat modifikasi di negara tidak henti-henti untuk membina sebuah jentera hobi mereka dengan pelbagai cara dan rupa.
Tengok Perdana SEI ini! Korang nampak macam biasa je kan, tapi berhati-hati kalau lalu dekat sebelah. Kalau dia boost mau terangkat bontot masa tengah leka duk tengok waze kat atas jalan tu. Enjin lama? Confirmlah dah selamat ditinggalkan tapi yang bagusnya, enjin baru ni dikemaskan balik dan tidak diubah secara ekstrem. Nadi dari Mitsubishi Eterna ini dipasangkan dengan lapisan gasket metal serta piston dari model GSR CK di dalamnya. Settle!
Kotak gear 5 kelajuan Mivec lengkap dengan klac Ogura single plate memastikan kuasa dari enjin dapat dihantar ke bahagian roda dengan lebih sempurna. Talaan enjin pula dilakukan melalui unit ecu E-Manage Ultimate.
Untuk menetapkan kedudukan jentera ini dengan lebih baik, set suspensi boleh laras Tein Street Flex dipasangkan pada semua penjuru jentera ini. Ianya juga membantu untuk kawalan yang lebih baik secara keseluruhannya. Untuk kuasa berhenti, sistem brek 4 pot dari model GTO diberi tanggungjawab. Maka, pemandunya akan lebih yakin untuk menguji kuasa maksimum jentera ini.
Ruang dalaman jentera ini mendapat persalinan baru dari Mitsubishi Eterna Visage. Pada papan pemukanya dipasang dengan deretan meter Defi 6 beradik dan meter RSM untuk memantau perjalanan enjin dari dalam kokpit. Kelihatan juga, ia dipadankan dengan stereng Evo 8 dan pemain audio Carrozzeria.
Kit badan Mitsubishi Galant Viento menjadi pilihan untuk dipasang di bahagian depan dan kelihatan lebih garang. Hood depannya pula telah dikacukkan dari model Celica GT4. Lain-lain yang turut dipasang pada badan jentera ini seperti cermin sisi Ganador Evo3, spoiler dan ‘rooft bar’ dari model Galant memastikan jentera ini kelihatan tidak membosankan. Yang pastinya, semuanya adalah hasil dari tangan si Bob Viento ni sendiri. Akhir sekali, rim Gramlight 57C dengan tayar Toyo Proxes dipasangkan untuk tampak lebih bergaya! Simple je, tapi mampu membuat jentera ini mendapat nafas baru keseluruhannya!
SPESIFIKASI
- Pemilik – Bob Viento
- Pengeluar – Proton
- Model – Perdana SEI
- Tahun – 1996
- Modifikasi Enjin – Eterna 6A12TT, metal gasket, piston GSR CK, exhaust Apexi
- Transmisi / Gearbox – Manual 5 speed Mivec V6, single plate Ogura
- Elektronik / ECU – E-Manage Ultimate
- Ekzos –
- Suspensi – Tein Street Flex
- Brek – 4 pot GTO
- Rim & Tayar – Gramlight 57C, tayar Toyo Proxes
- Dalaman – Eterna Visage, Defi 6bradik, RSM meter, stereng Evo 8, audio Carrozzeria, blind Galant
- Luaran – Bodypart depan Galant Viento 7G, hood depan Toyota Celica GT4, Ganador Evo 3, spoiler Galant, rooft bar Galant hatchback
- Bengkel – Sendiri