Baru-baru ini, Hyundai telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) dengan OCI Solar Power, salah satu pembangunan tenaga solar berskala luas di Texas dan CPS Energy untuk menguji bateri elektrik kenderaan kitar semula untuk penyimpanan tenaga solar.
Ketiga-tiga syarikat ini akan bekerjasama untuk memasang sistem penyimpanan tenaga (Energy Storage Sytem – ESS) dibangungkan oleh Hyundai sekitar September 2022. Kemudian, mereka akan menganalisa data yang diperolehi menerusi projek ini dan berkongsi antara satu dengan lain.
“CPS Energy telah menjadi perintis untuk projek solar di Texas dan kini, setelah hampir sepuluh tahun, kami akan mula membina pembangunan solar dan penyelesaian penyimpanan di Texas. Ia bertujuan untuk meningkatkan usaha ke arah tenaga hijau,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif OCI Solar Power, Charles Kim.
“Kolaborasi terbaharu dengan Hyudai Motor Group, CPS Energy dan OCI Solar Power akan menjadikan kami antara yang pertama mengkaji prestasi dan kelebihan penggunaan bateri EV ini,” katanya lagi.
Sementara tenaga solar masih lagi ‘hijau’ dan banyak, tenaga ini perlu disimpan bagi menyamai tabiat pengguna agar menjadikan ia satu bentuk bateri yang penting. Bateri kenderaan elektrik mungkin akan kehilangan kecekapannya selepas 10 tahun dan tidak sesuai untuk kegunaan automotif. Bagamanapun, ia masih lagi efisen untuk menyumpan tenaga yang mana boleh digunakan atas tujuan lain.
“Hyundai Motor Group akan memastikan kemungkinan serta keberkesanan urusan ESS di pasaran utara Amerika menerusi kerjasama ini,” kata Timbalan Presiden Energy Business Development Group of Hyundai Motor Group, Jae Hyuk Oh. Mereka juga dikatakan bercadang untuk meluaskan lagi perniagaan solusi tenaga ini menerusi tenaga hydrogen kepada sistem bateri dan membekalkan fleksibiliti terhadap tenaga yang tidak menentu di pasaran elektrik AS.
Beberapa pengeluar lain seperti Volkswagen juga dikatakan sedang mencari jalan untuk mengguna bateri selepas ia habis. Pengeluar kenderaan dari Jerman ini dikatakan ia boleh menghasilkan bateri baharu dari yang sudah dikitar semula.
Sumber : Carscoops