Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA LE LIMITED

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
09/07/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Pagi itu, saya dan Baharuddin bangun dengan mata yang pedih sebab dikejutkan oleh Rudy Santiago yang sudah sampai di lobi hotel Promenede, Tawau, Sabah. Tawau ialah daerah yang terletak sejam lebih perjalanan ke Lahad Datu, tempat berlakunya krisis pencerobohan tentera Sulu baru-baru ini.

Tetaapi macam tidak ada apa yang berlaku. Budak-budak main kereta bukan main seronok apabila tahu kami ada di sini. Apa tidaknya, pukul 8 pagi lagi sudah tercegat di Kompleks Sukan Tawau.

Secara ringkasnya, bagi saya Tawau ialah sebuah bandar yang best. Tidak terlalu maju, relaks, tak ada kesesakan jalan raya, makanan sedap dan banyak tempat boleh pergi melawat. Tetapi kalau anda jenis yang biasa dengan gaya hidup sibuk di Kuala Lumpur, baik bersedia menghadapi kejutan budaya.

Ini merupakan kedatangan kali ketiga kami ke sini. Kali terakhir datang pun tiga tahun lepas. Lama betul tak datang. Seperti biasa, kami disambut oleh Rudy Santigo a.k.a Majid, Zul Ketam a.k.a Jefry dan Zikri. Mereka masih seperti dulu kecuali Rudy kini telah menjadi pemain golf profesional. Saya sebenarnya tidak berapa yakin sebab ada ke kayu saiz dia?

Toyota LE milik Mohd Tabran B. Dimeng yang dulunya memang suka LE. Sebelum ini, dia ada sebuah LE berwarna kelabu. Kereta itu sudah dijual dan sekarang dia masih pandu LE juga. Nampak? Nampak? Inilah die hard fan Toyota.

Kereta berwarna biru ini dipasangkan dengan enjin 4AG Black Top keluarga terakhir yang kini hanya tinggal sejarah sebagai salah satu kehebatan ikon 1990-an. Walaupun telah berkurun dihentikan produksinya, enjin kereta ini masih boleh didapati dengan mudah di laman web mudah.my.

Ramai orang jual dan banyak kedai half-cut bawa masuk. Salah satu sebabnya ialah enjin ini diguna pakai pada banyak kereta JDM. Pilih sahaja spesifikasi mana yang anda mahu. Oh ya, enjin pada LE ini ialah versi Levin AE101 yang datang dengan transmisi automatik.

Tabran memasang cam Toda durasi 272 inlet dan 288 ekzos. Saya rasa orang Semenanjung pun belum tentu tahu mana nak cari cam 4AG. Namun, di negeri yang mana Toyota ialah kereta kebangsaan mereka, modifikasi enjin sebegini bukanlah susah sangat.

4 throttle terbuka enjin ini mendapat suapan udara terus dengan penambahan pam bahan api Bosch dan ECU yang dinaik taraf kepada TRD. Ekzos pula didatangkan dengan manifold RSR, paip 2.5 inci dan peredam bunyi Blitz.

Set suspensi dipertingkat kepada jenis boleh laras Buddyclub di setiap sudut. Breknya pula terdiri daripada brek AE111 twin pot untuk roda hadapan dan single pot belakang jenis ventilated. Pad brek keempat-empatnya guna jenama Endless.

Benda paling ‘king’ pada kereta ini bukannya enjin atau kereta, tapi rim. Rim SSR SP1R Professor adalah kegemaran peribadi saya, lebih daripada rim TE37 dan CE28 (kecuali Genesis). Spesifikasinya pun lain-lain. Depan 17 X 7.5 dan belakang 17X8.5. Tayar Nankang bersaiz 215 depan dan 225 belakang.

Bahagian dalaman mendapat sepasang seat Bride yang nampak kusam, tetapi itulah Bride original. Sekarang punya banyak Bride yang cap ayam jangan tak tau. Tempat duduk belakang pulak diambil daripada model AE111 Levin 2 pintu.

Apa yang paling pelik mengenai reka bentuk dalaman kereta ini ialah papan pemukanya yang yang diambil daripada AE86. Rupa-rupanya papan pemuka Hashiroku lebih pendek berbanding AE82/80. Bukan senang nak pasang dan hasil akhirnya nampaklah begini. Nasib baik jurugambar pandai, maka tak nampak sangatlah kekurangannya.

Kereta ini juga tidak kalah sistem audionya. Pemain utamanya ialah Kenwood, pre-amp Caliber, pembesar suara Kenwood dan sepasang sub woofer Kicker dalam but belakang. Bunyi audio saya tidak cuba kerana bunyi enjinnya lagi sedap.

Bahagian luar juga mengalami perubahan yang pelik sebab kosmetik depannya bercampur daripada beberapa model Toyota. Kepala depannya asal AE82GT, tapi lampu dan gril tengahnya daripada AE86. Bampar pulak daripada model AE92. Lampu belakang AE82GT dengan trim bonet dan spoiler getah belakang yang memang payah nak jumpa. Kurang satu benda sahaja kereta ni, skirt sisi.

Secara keseluruhannya, saya nampak LE ni kemas dan cantik. Mungkin sebab dah lama sangat tak tengok LE. Tenung lama-lama, memang warna biru elektrik dan rim SSR tu yang buat jentera ini outstanding.

SPESIFIKASI

      • Model: Toyota Corolla LE / 1985
      • Enjin: 4AGE 4 throttle black top, Toda cam 272/288, oil cooler Greddy, NGK plug, fuel pump Bosch, ECU TRD, ekzos RSR manifold, paip 2.5 inci, muffler Blitz
      • Transmisi: Automatik
      • Suspensi: Buddyclub boleh laras (adjustable)
      • Rim: SSR SP1R Professor (hadapan) 17 X 7.5 Belakang 17 X 8.5
      • Tayar: Nankang 215/45 depan 225/45
      • Dalaman: Papan pemuka AE86, tempet duduk hadapan Bride depan, belakang AE111, timer HKS, unit audio Kenwood, pre-amp Caliber, wooger Kicker.
      • Luaran: Panel depan AE82 GT + AE86 + AE92 Levin, belakang AE82GT + spoiler.
      • Warna: Electric Blue

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

HONDA EG KOPI TATT

Next Post

DAIHATSU CHARADE AURA

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved