Toyota baru-baru ini memperkenalkan generasi kedua Toyota GR 86 yang didedahkan dalam bentuk prototaip JDM buat pertama kalinya. Spesifikasi model ini dijangka tidak banyak perbezaan. Sama seperti Subaru BRZ baharu, GR 86 juga adalah model global. Kedua-dua kereta ini didedahkan buat pertama kalinya; malah Toyota mahupun Subaru tidak menyembunyikan persamaan pada kedua-dua model ini.
Dikuasakan oleh enjin Boxer 2.4-liter dengan 231hp dan tork 184 lb-ft, menariknya Subaru BRZ pula mempunyai 228hp; hanya terdapat 3hp perbezaan yang mungkin ada pada spesifikasi JDM dan versi US. Disepadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan atau pilihan automatik 6-kelajuan dengan mode baharu Sport yang memacu kuasa ke roda belakang sahaja.
Menurut Toyota, 0-62 mph mampu dicapai dalam masa 6.3 saat berbanding generasi pertama yang mencatatkan 7.4 saat. Dari segi saiz, GR 86 baharu ini mempunyai dimensi yang hampir serupa dengan generasi terdahulu dengan tinggi keseluruhan yang terhad dan hip-point, membantu mengekalkan pusat graviti yang rendah. Panel atap aluminium, fender dan muffler membantu mengendalikan berat, yang kini sekitar 2,799 paun secara keseluruhan. Terdahulu, BRZ baharu dianggarkan mempunyai berat kurang dari 2,900 paun.
Terdapat beberapa penambahan untuk meningkatkan lagi pengendalian yang lebih baik dan stabil. Saluran keluar udara, spoiler sisi dan komponen aerodinamik diambil dari motorsport. Seperti BRZ baharu, GR 86 ini menampilkan gaya evolusi yang kelihat sangat baik. Gril depan baharu mempunyai corak matriks dengan fungsi spesifik GR. Bahagian dalam juga, kelihatan hampir sama dengan Subie. Toyota GR 86 ini dijangka akan dijual di Jepun pada musim luruh tahun hadapan.
Sumber : Carbuzz