Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Toyota Corolla Cross Dua Varian Dilancarkan, Menanti Untuk Dimiliki Dengan Harga Bermula RM124K

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/03/2021
in BULETIN, UTAMA

Toyota Corolla Cross serba baru telah tiba di Malaysia dan mula dijual pada 25 Mac 2021. Jentera ini memberi satu lagi pilihan untuk mereka yang gemarkan SUV. Diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand, Corolla Cross ditawarkan dalam dua varian iaitu Corolla Cross 1.8V dan Corolla Cross 1.8G. Ia boleh anda miliki pada harga RM134,000 (tanpa pengecualian cukai jualan) dan RM124,000 (dengan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021) di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans.

“Tanpa membuang masa, kami merancakkan lagi tahun 2021 dengan semangat baru bersama Synergised Mobility. Toyota Corolla Cross akan memasuki segmen SUV moden yang semakin berkembang, menawarkan kenderaan generasi terkini untuk pelanggan. Kami yakin ia akan menjadi pilihan yang memenuhi keperluan dan gaya hidup aktif masa kini,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Menurut Timbalan Presiden UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, kajian pasaran menunjukkan ada maklum balas positif terhadap Corolla jenis baru ini.

Rekaan luaran & TNGA
Walaupun merupakan ahli keluarga Corolla, Corolla Cross mempunyai gayaan yang sama sekali berbeza berbanding Corolla Sedan. Jentera itu tampil dengan reka bentuk sporty dan berkotak, sesuai dengan profailnya sebagai sebuah SUV sebenar.

Corolla Cross 1.8G menggunakan lampu utama jenis projektor halogen. Sementara varian 1.8V pula dilengkapi unit lampu Bi-LED yang memberikan tahap pencahayaan lebih baik. Lampu nyalaan siang (DRL) menampilkan ciri “tirai cahaya” yang menyuntik penampilan unik dan berkualiti, ciri sama turut diberikan pada lampu belakang. Sama seperti kebanyakan model terkini Toyota, Corolla Cross dibina menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), struktur yang membolehkan kejuruteraan lebih anjal dilaksanakan serta beberapa lagi manfaat lain.

Dengan TNGA, kedudukan titik graviti lebih rendah boleh dicapai untuk meningkatkan kestabilan kenderaan. Sementara kerangka badan lebih kukuh nyata berjaya menambah baik aspek ketahanan dan keselesaan. TNGA turut merangkumi kejuruteraan enjin serta suspensi yang direka untuk menawarkan imbangan pengendalian dinamik dan stabil tanpa mengorbankan keselesaan. Aspek pengendalian Corolla Sedan diserlahkan pada versi SUV ini. Malah, dengan radius pusingan 5.2 meter yang terbaik dalam kelasnya memudahkan lagi pemandu.

Berbanding Corolla Sedan, Corolla Cross memiliki badan yang sedikit lebih pendek dengan panjang keseluruhan 4,460mm. Bagaimanapun, ia lebih lebar sebanyak 45mm dengan 1,825mm dan 185 mm lebih tinggi dengan 1,620mm. Ketinggian itu membolehkan jarak kelegaan tanah dinaikkan kepada 161 mm. Jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi membolehkan Corolla Cross lebih yakin ketika berdepan permukaan jalan mencabar, termasuklah dalam situasi banjir. Dengan bukaan sudut depan 18°, SUV ini boleh mengharung laluan tidak rata dan mampu melepasi bonggol dengan mudah.

Ruang kabin
SUV moden itu mempunyai ruang dalaman yang mirip dengan kereta penumpang. Ia kelas mengutamakan aspek keselesaan, satu perkara yang memang dijuarai oleh Toyota sejak 25 tahun lalu melalui model RAV4. Corolla Cross meneruskan konsep tersebut, menyediakan sebuah ruang berkonsep urban bersama pelbagai ciri premium. Selain posisi duduk lebih tinggi, ketinggian tambahan kenderaan ini menjadikan ruang kepala lebih luas berbanding pesaing lain dalam kelasnya.

Hitam digunakan sebagai tona utama ruang kabinnya, lengkap bersama balutan kulit pada tempat duduk. Warna tersebut dikontraskan dengan kemasan perak dan piano black pada papan pemuka. Untuk kemudahan pemandu, tempat duduk boleh dilaras secara elektrik untuk mendapatkan posisi pemanduan terbaik.

Panel instrumen nampak sporty dengan fokus utama pada speedometer di tengah serta Multi-Information Display (MID) bersaiz 4.2-inci. Panel infohibur bersaiz 9 di bahagian tengah papan pemuka pula menawarkan kualiti sentuhan yang intuitif, tidak meninggalkan kesan cap jari dan paparan yang tajam. Sistem itu turut menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Selain slot USB Mirroring, AUX dan Bluetooth.

Sistem pintar tanpa kunci memudahkan lagi urusan keluar masuk dan menghidupkan enjin. Corolla Cross juga didatangkan dengan pintu belakang sensor kuasa elektrik yang boleh dibuka secara automatik melalui pengesanan gerak kaki pengguna.
Ruang kargo yang tersedia berkapasiti 440 liter. Ia boleh ditingkatkan dengan melipat bahagian penyandar kerusi belakang dan lantai akan menjadi rata sepenuhnya. Dengan kedua-dua penyandar dilipat, pengguna boleh membawa dua buah basikal sekali gus. Bagi meningkatkan aspek keselamatan, penutup tonneau boleh gulung ada disediakan.

Rangkaian kuasa
Toyota Corolla Cross dikuasakan oleh enjin aspirasi biasa (NA) 1.8 liter petrol DOHC dengan Dual VVT-i. Enjin itu mampu menjana kuasa 139PS pada 6,400rpm dan tork 172Nm pada 4,000 rpm. Ia menawarkan enjinnya menawarkan keseimbangan padu antara kuasa, ketahanan dan penjimatan bahan api. Transmisi Sequential Shiftmatic (CVT) tujuh-kelajuan yang digunakan pula diperkemas prestasinya dengan pendikit kawalan elektronik untuk memberikan maklum balas lebih berkesan, lancar dan senyap.

Toyota Safety Sense (TSS)
Varian Corolla Cross 1.8V dilengkapi teknologi keselamatan bersepadu Toyota Safety Sense (TSS), selari dengan Toyota Synergised Mobility. TSS 2.0 merangkumi ciri seperti Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Penukaran Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Pengesan Lorong (LTA) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Teknologi teras yang menggunakan teknologi radar dan kamera turut dibantu oleh ciri Peninjau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) serta Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS). Corolla Cross turut dipasang dengan Perakam Video Digital (DVR) di depan (kamera belakang ditawarkan sebagai pilihan) yang membolehkan pemandu merakam pergerakan kenderaan sepanjang masa. Sekiranya berlaku kemalangan, rakaman berkenaan boleh digunakan sebagai bukti.

Corolla Cross baru dipasangkan dengan sistem keselamatan termasuk immobilizer enjin. Sistem Telematik Kenderaan (VTS) pula boleh menjejak kedudukan kenderaan menggunakan isyarat GSM/GPS. Pemilik boleh meninjau status penghidup dan kelajuan kenderaan. Jika kenderaan dicuri, pusat panggilan 24/7 akan dapat mengesannya dan memaklumkan pihak berkuasa untuk tindakan pantas. Sekiranya ada impak yang dikesan, pusat panggilan akan memaklumkan khidmat kecemasan untuk menyediakan bantuan di lokasi terkini. Pemilik Corolla Cross akan menikmati langganan VTS percuma selama tiga tahun.

Selain platform kukuh TNGA yang digunakan, struktur Corolla Cross direka untuk menahan daya hentaman dari semua sisi ketika terlibat dalam kemalangan. Ini dapat menghindar atau mengurangkan kecederaan terhadap penumpang. Dalam ujian ASEAN NCAP, Corolla Cross, sama seperti kebanyakan model lain Toyota, menerima penarafan keselamatan lima bintang.
SUV ini didatangkan dengan tujuh beg udara SRS (termasuk satu untuk bahagian lutut pemandu) yang akan diaktifkan sekiranya berlaku perlanggaran teruk. Ciri ISOFIX (dengan cangkuk atas) disediakan di tempat duduk belakang, membolehkan pengguna mematuhi peraturan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan mudah.

Duta Corolla Cross
UMW Toyota Motor Turut memperkenalkan Duta Corolla Cross iaitu Diana Danielle dan Danny Koo. Mereka berdua akan terlibat dengan kempen pengiklanan serta promosi model terbabit. Kedua-duanya merupakan bekas pelumba Vios Challenge dan gemarkan gaya hidup aktif seperti yang dibawa oleh Corolla Cross.

Pelanggan boleh memilih warna luaran yang menarik termasuklah merah, putih mutiara, merah metalik, Platinum White Pearl, Metalstream Metallic, Graphite Metallic dan biru metalik. Jaminan kilang selama lima-tahun tanpa had perbatuan disediakan, berserta jaminan sokongan lepas jualan seluruh negara dengan ketersediaan alat ganti tulen.

Toyota Corolla Cross 1.8G kini boleh dilihat, diuji serta dibeli melalui bilik pameran pengedar sah dan cawangan Toyota seluruh negara. Corolla Cross 1.8V pula akan tiba kemudian, tetapi tempahan sudah dibuka di semua bilik pameran maya Toyota.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (869682).

Sumber : Mekanika

Previous Post

MIVEC TIGA R

Next Post

C8 Corvette Ukiran Kayu?

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved