Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia telah meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggannya. Jenama itu berbesar hati memperkenalkan beberapa penambahan ciri baharu ke atas model Volkswagen Tiguan Allspace R-Line 2021.
Tiguan Allspace R-Line
Kini dilengkapi dengan port pengecas dan data USB-C, serta naik taraf radio yang hadir bersama ciri App-Connect tanpa wayar untuk ketersambungan Apple Car Play.
Sebagaimana yang diketahui, Allspace R-Line merupakan kenderaan berprestasi paling tinggi dalam segmennya yang dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI dengan pancitan terus bahan api. Dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift (DSG) 7-kelajuan, ia mampu menjana kuasa mencecah 220PS dan tork 350Nm. Ciri penting yang ada pada SUV ini ialah sistem pacuan semua roda 4MOTION yang membuatkannnya bersedia untuk mengharung apa jua permukaan jalan.
Kempen Selepas Jualan Raya
Dalam perkembangan lain, Volkswagen Passenger Cars Malaysia turut melancarkan Kempen Selepas Jualan Raya yang sedang berlangsung dan bakal berakhir pada 13 Jun ini. Para pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis akan menikmati diskaun sebanyak 20% untuk minyak enjin tulen Volkswagen. Pelanggan yang berbelanja minimum RM1,200 akan menerima satu kit penjagaan kereta secara percuma. Ia merangkumi penggilap berlilin, syampu, penggilap cermin, penjagaan plastik dan kulit dalam botol 50ml. Mereka juga akan menerima paket wang Hari Raya secara percuma*.
Volkswagen di ACE
Sementara itu, bagi peminat dan pengikut setia jenama ini, Volkswagen akan mengambil bahagian dalam acara Auto Car Expo (ACE) pada 17 dan 18 April di Setia City Convention Centre. Antara yang ditawarkan ialah rebat tunai tambahan sebanyak RM1,000 bersama promosi sedia ada.
Mereka yang berminat dengan model Passat akan menikmati percutian mewah yang ditanggung sepenuhnya di Pangkor Laut Resort apabila menempah Elegance dan R-Line. Sebagai tambahan, Passat Elegance hadir dengan insurans percuma selama 1 tahun bernilai RM5,500. Manakala Passat R-Line pula didatangkan bersama petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500.
Model-model yang dipamer serta boleh dipandu uji termasuklah Arteon R-Line, Passat Elegance, Passat R-Line, Tiguan Allspace R-Line dan Highline. Terdapat juga kenderaan terpakai di bawah Das WeltAuto untuk dilihat dan dipandu uji pada acara tersebut.
Makumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my