Inovasi seabad digabungkan dengan rekaan serta kecintaan yang mendalam telah mendorong Maserati mencipta pelbagai kenderaan ikonik, seterusnya mengubah pemikiran dunia terhadap dunia permotoran. Kini, resepi kejayaan jenama Itali ini melangkah maju ke hadapan dengan kehadiran David Beckham sebagai duta global untuk jenama ini.
Ikon sukan dunia, dermawan dan ahli perniagaan, perlantikan David Beckham merupakan satu pilihan yang tepat. Sebagai duta, David Beckham mampu membawa nama Maserati satu tingkat lebih tinggi, memecahkan sempadan dan memacu jenama ini maju ke hadapan khususnya dalam permotoran mewah di abad ke-21.
Menurut Paolo Tubito, Ketua Pegawai Pemasaran Maserati, jenama ini sedang bergerak maju ke hadapan dan bersedia untuk era baharu. Maserati menyahut cabaran inovatif secara semulajadi, didorong oleh minat dan keunikan rekaan. Kerjasama dengan David sangat sempurna untuk meneruskan nilai-nilai ini.
Bagi David Beckham pula, beliau teruja untuk bekerjasama dengan Maserati, sebuah jenama Itali ikonik yang berkongsi penghargaan untuk inovasi dan rekaan terbaik. Beliau juga tidak sabar untuk bekerjasama dengan jenama ini khususnya ketika waktu-waktu penting dalam sejarah mereka seterusnya bersama-sama meluaskan serta mengukuhkan pertumbuhan Maserati di seluruh dunia.
Sebagai permulaan, kedua-dua nilai keistimewaan Maserati dan David Beckham dibawakan bersama dalam sebuah filem pendek memaparkan semangat inovatif menampilkan David sedang memandu sebuah Maserati hanya untuk keseronokan melakukan perkara tidak dijangka. Filem ini menyaksikan duta Maserati memandu sebuah SUV, Levante Trofeo