Permintaan terhadap kenderaan elektrik kian menjadi keutamaan kepada pengeluar kenderaan di seluruh dunia. Peralihan ini pastinya menjadi pengalaman yang menarik kerana syarikat-syarikat ini akan bergerak ke arah paradigma baharu. Perubahan ini mungkin agak sukar dan besar kemungkinan memberi ancaman terhadap wagon keluaran Mercedes.

Menurut laporan Autocar, Ketua Pegawai Operasi (COO) Mercedes-Benz, Markus Schäfer berkata ketika minggu Munich Motor Show, kebanyakan pelanggan lebih cenderung memilih SUV dan crossover sekaligus menjadi fokus utama syarikat. Pengeluar melabur berjuta-juta untuk pembangunan kenderaan elektrik tetapi pembinaan wagon elektrik dirasakan tidak bertepatan khususnya dalam keadaan genting seperti sekarang. Lebih banyak model EV yang boleh mendatangkan keuntungan selain dari wagon ini.

Selain itu, Markus juga merasakan, membina kenderaan yang keseluruhannya adalah elektrik merupakan satu cabaran. Bateri di bahagian lantai menjadikan bahagian bawahnya menjadi lebih tebal dan sukar untuk disembunyikan. Lantai yang tebal ini boleh menyebabkan sedan tradisional lesap.

Kenyataan ini diperkuatkan lagi oleh ketua pereka Daimler yang mengatakan pereka harus perlu menambah ketinggian disebabkan bateri tadi. Mungkin tidak lama lagi, kita akan melihat kereta EV dengan rekaan yang lebih menarik dan ia menjadi cabaran kepada pengeluar.

Pada Munich Motor Show, Mercedes-Benz telah memperkenalkan barisan kenderaan elektrik buat kali pertama di sana. Sebanyak empat buah model EV terbaharu dipamerkan; AMG EQS, Maybach EQS SUV, EQE dan G-Class. Namun, masih tiada model wagon elektrik dan mungkin juga tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini.
Sumber : Motor1



























