Perlumbaan Battle Royal X (BRX) menggegarkan Litar Dato Sagor, Kg. Gajah Perak sempena sambutan kemerdekaan Malaysia. Ia menawarkan 11 kategori utama iaitu 1.2L, 1.5L Group A, 1.5L Group B, 1.6L, 1.8L, VTEC, Open, CAMPRO, Auto, Kak Yong dan Continental.
Perlumbaan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran dua orang drifter tajaan Rexxo Lubricant, iaitu Solehin Mansiz dan Daus Pan dari Azam Motor. Acara dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah khusus untuk para peserta dan pengunjung.
Battle Royale X menghargai kerjasama penaja utama Rexxo Lubricant, FTuned Racing Suspension) dan Tom Stickers Pulau Pinang) selaku penaja bersama. Diharapkan acara yang sama dapat dianjurkan dan memeriahkan sambutan hari kebangsaan Malaysia di masa akan datang, setelah selesai pandemik yang melanda negara.