Ini pastinya berita gembira untuk peminat atau pencinta tegar yang ketagih dengan minuman kopi yang panas. Suzuki telah mengubah Jimny LCV menjadi sebuah kedai kopi bergerak yang dinamakan sebagai Jimny Beans dan bakal membanjiri pasaran UK.
Modifikasi ini adalah hasil pakar Coffee Latino yang turut dilengkapi dengan sebuah tangki LPG yang diletakkan di bawah lantai belakang yang memerlukan sistem ekzos khas dengan paip di bahagian luar.
Menurut laporan yang disediakan Carscoops, bar kopi ini boleh dikuasakan oleh gas atau elektrik yang dilengkapi dengan dua bateri tambahan berkapasiti besar iaitu 125A/H 12V. Bagi penyediaan kopi itu sendiri, didatangkan dengan mesin kopi berspesifikasi tunggi yang dikeluarkan oleh Fracino.
Mesin kopi ini telah dipasangkan di belakang Jimny dengan ‘ruang kerja’ yang dibina dari aluminium. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan laci peti sejuk 12V kompak oleh Waeco yang boleh membuat air the panas.
Bagi makluman, Suzuki Jimny telah meninggalkan pasaran UK ekorang standard emisi tetapi kembali semula pada awal tahun 2021 dengan dikenali sebagai Jimny LCV (kenderaan komersial ringan). Jimny LCV ini dikuasakan oleh enjin aspirasi petrol 1.5 liter yang menguasakan 101 hp (75 kW / 102 PS) dan tork 96 lb-ft (130 Nm).
Sumber : Carscoops