Perodua merupakan satu jenama tempatan yang popular di Malaysia. Bermula dari Kancil sampailah ke Aruz, kompem senang je korang nampak atas jalan raya. Tapi, model yang paling laris dan paling paling popular adalah Myvi!
Kenapa Myvi? Enjin Myvi ini power sangat ke? Pakej apa yang ada pada Myvi? Yang pakai mesti tahu jawapan dia. Ramai je kawan-kawan saya yang kaya, pakai supercar, sport car, tapi kat rumah mesti ada sebuah Myvi. Nampak tak…?
Perodua Myvi sudah masuk ke generasi ke-3 kalau tak silap. Bermula dari Myvi pertama, Myvi Lagi Best dan Myvi yang terbaru sekarang. Kalau silap jangan kecam, tapi tolong betulkan. Kalau Myvi aje mesti kita akan libatkan dengan model-model dari Toyota dan Daihatsu iaitu Passo dan Boon sebabnya dorang ni datang dari satu cesi yang sama. Ya, memang sama, nama dengan komponen dia aje yang berbeza. Disebabkan kos untuk mengimport sebuah kereta ni adalah amat mahal, maka untuk melempiaskan nafsu, terpaksalah beli sebuah Myvi dan sumpahkan dia jadi macam salah satu model yang disebutkan tadi.
Ingatkan bila Myvi Lagi Best ini keluar, orang kita tak terjebak dengan model luar, rupanya sama juga dengan Myvi yang sebelum ini. Nak juga dorang convertkan. Maka, makin banyaklah ‘half cut’ Passo Hana ini dibawa masuk ke Malaysia. Tapi, apa yang diberitahu, untuk mengubah Myvi menjadi Passo Hana ni bukan mudah. Ada beberapa ubahsuai yang perlu dilakukan untuk menampakkannya sama seperti model yang asal. Takpe, itu kerja pomen yang power boleh selesaikan.
Untuk enjin, jentera ini dimasukkan dengan nadi 3sz bersesaran 1.5cc. Mungkin sama kapasiti dengan enjin asal tapi kompemlah owner nak pakai enjin import punya. Barulah lengkap semuanya. Enjin baru ini tidak dilakukan apa-apa naik taraf disebabkan pemiliknya tidak mahu sakit kepala. Sistem suspensi dan brek jentera ini juga menggunakan asal dari Passo Hana. Dah nampak, dia memang nak layan standard je.
Ruang dalam jentera ini mendapat salinan penuh Passo Hana edisi Doraemon. Fuhhh, kalau dah main edisi khas ini mestilah harga dia pun keras mat! Sistem audionya pula lengkap Carrozeria kesemuanya. Panel pintunya pula diambil dari model Modellista Pelangi yang memang tenang je mata kalau kita tengok. Memang pemilik jentera ini seorang yang minimalis. Last sekali dilekatkan cermin pandang Tiffana berwarna krim.
Myvi Lagi Best ini telah dilengkapkan dengan kit badan Passo Hana versi Doraemon keluaran tahun 2014. Rimnya juga dari model yang sama berukuran 14 inci. Memang standard habis. Tapi sedap mata memandang. Kalau 5 kali pandang pun kita mesti ingat ni model original Passo Hana! Tapi kenapa dia pakai nama Hana? Lepas ni tolong keluarkan nama lain pula. Please…
Spesifikasi
Owner : Anuar bin Ibrahim
Kereta : Perodua Myvi 2014
Modifikasi Enjin : 3sz 1.5cc Toyota
Transmisi / Gearbox : Auto
Elektronik / ECU : –
Suspensi & Cesi : Absorber Passo Hana
Brek : Passo Hana
Roda & Tayar : Sport Rim 14”Passo Hana
Dalaman : Passo Hana Doremon 2014, full audio Carrozzeria, panel Modellista Pelangi, Tiffana cream
Luaran : Passo Hana Doremon 2014
Bengkel & Tuner : –