Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

THE 70’S SHOW

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Sesuai dengan trend semasa untuk kenderaan kelas sub kompak dan supermini, konfigurasi pacuan untuk model Starlet generasi ketiga (EP70), telah bertukar daripada pacuan belakang kepada pacuan depan sepenuhnya. Rasa nak mengamuk acik-acik kat Jepon apabila Starlet yang baru mereka beli, gagal melakukan aksi derip seperti yang boleh dilakukan sebelum ini.

Logiknya adalah untuk mengurangkan kos binaan, lebih-lebih lagi untuk sebuah kereta kecil bersaiz kecil seperti ini. Ia bukan saja lebih ringkas, tapi juga mampu mengurangkan berat memandangkan jumlah komponen yang terlibat jauh lebih sedikit berbanding pacuan roda belakang.

Start Kurt’z ni, mungkin nampak biasa jika terserempak dari depan. Namun sebaik ia melintas pandangan, profil sisinya boleh membuatkan masyarakat Starlet mengigau terok, memandangkan ia sebuah model yang tidak datang dengan sepasang pintu belakang!

Difahamkan kereta ini datang dengan enjin NA jenis 2E berkapasiti 1.3-liter. Sesuai dengan proses naik taraf yang dilakukan, kedudukan enjin tersebut telah digantikan dengan bersiput 4E-FTE yang lebih maju. Memang femes betol enjin nih. Bukan takat diburu geng-geng Starlet, yang acah-acah Tiara Mat Macau tu pun sibuk duk sesah enjin yang sama.

Dibekalkan dengan enjin 1.0 liter suapan karburetor bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Apa lagi selepas menjangkau usia puluhan tahun. Bagi menyelesaikan masalah ini, kedudukan enjin asal telah digantikan dengan enjin HD-E berkapasiti 1.6-liter milik Charade Detomaso. Salinan ini bagaimanapun tidak sertakan dengan peningkatan yang setara. Mungkin baru siap, tengoklah sikit hari lagi…

Bahagian dalam mendapat sentuhan perkakasan EP71 Turbo S untuk papan pemuka, tempat duduk dan panel pintu. Di ruang pemandu tersergam tempat duduk bucket dari TRD, lengkap dengan harness dari Sparco. Lain-lain komponen yang membantu menyerikan ruang adalah, stereng Nardi TRD, tombol gear TRD, pelapik pedal Razo serta karpet dasar berwarna merah. Sementara aspek pemantauan pulak, datang dari rangkaian meter Blitz DC, pengawal boost Blitz SBC, unit RSM Ultra Apexi, juga pemasa enjin GReddy.

Peningkatan terhadap sistem gantungan dibuat menggunakan set suspensi Tein HA, sebagai langkah menyokong tahap pengendaliannya. Untuk kuasa hentian, bahagian brek disalin sepenuhnya menggunakan komponen dari EP82 GT Turbo, termasuk penggunaan hos braided APP serta pad brek Bendix Metal King. Di bahagian roda tersemat rim 15-inci jenama Black Racing, yang dipadankan bersama tayar Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 195/50R-15.

Bila sudah berkeluarga, penggunaan kereta cute berpintu dua seperti ini nampaknya tidak lagi praktikal. Sumbat beskal sebijik pun dah penuh. Atas alasan tersebut, ia kini banyak menghabiskan masanya di garaj rumah dan hanya keluar bila kawanan Starlet mula memanggil…

SPESIFIKASI

    • Pemilik – Ahmad Fahmi Bin Abidin (Kurt’z)
    • Pengeluar – Toyota
    • Model – Starlet EP71
    • Tahun – 1985
    • Enjin asal -2E-LU
    • Modifikasi Enjin – 4E FTE, bearing enjin ACL Race, gasket keluli TRD 1.0mm, turbo Toyota CT12B, manifold turbo kustom, wastegate Turbosmart 38mm, intercooler & paip sambungan Blitz, injap pelepas Blitz, pam petrol Walbro 255, injektor Altezza 340cc, regulator Sard, kabel pencucuh NGK RO9, penstabil voltan Hot Inazma Gold, ECU Blitz Access
    • Transmisi – Kotak gear LSD 4E-FTE, klac Ogura Super Single
    • Ekzos – Paip J Blitz, muffler RSR Magic
    • Luaran – Kit badan EP71 Turbo S, spoiler soft top EP71, lip kustom Toyota Mark II
    • Suspensi – Tein HA, pillow ball & penstabil Cusco
    • Brek – EP82 GT Turbo, hos braided APP, pad brek Bendix Metal King
    • Rim & Tayar – Black Racing 15-inci & Bridgestone Potenza RE003 195/50R-15
    • Dalaman – Papan pemuka, tempat duduk & panel pintu EP71 Turbo S, tempat duduk bucket TRD, harness Sparco, stereng Nardi TRD, tombol gear TRD, pelapik pedal Razo, karpet dasar merah, meter Blitz DC, pengawal boost Blitz SBC, RSM Ultra Apexi, pemasa enjin GReddy, sistem audio Panasonic / Carrozzeria
    • Bengkel – EMG Garage (Bangi), Pokyah Garage (K.Terengganu) UniKL MFI (Bangi), Zul Workshop (Klang), Buddies Auto Service (Ampang), Chek Garage (K.Terengganu), Mizi Bianca Under
      Garage (Puchong), Ramco Auto Works (Klang)

Previous Post

TEACHER’S PET

Next Post

EVO PENCEN

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved