Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Terbuka Kepada Pereka Dan Pelajar, Terima Penyertaan Tujuh Negara

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
20/12/2023
in BULETIN, UTAMA

Pertandingan reka bentuk kereta, “Asian Compact Sedan Design Challenge 2023” (ACSDC 2023) yang pertama kali diadakan di Malaysia telah menyaksikan 93 penyertaan dari 7 buah negara bagi program sulungnya. CSDC 2023 ialah pertandingan reka bentuk kereta sedan yang terbuka kepada pereka profesional dan pelajar rekaan di Asia yang dianjurkan bersama Perodua dan Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM).

“Jumlah penyertaan dari negara-negara lain di dalam Asia adalah menggalakkan kerana pendedahan terhadap jenama Perodua dan MRM di luar Malaysia adalah terhad,” kata Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Sebanyak 93 penyertaan yang diterima adalah dari Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Iran, Jepun, India dan Malaysia. Bagi kategori profesional, Kenny Chan dari Malaysia dinobatkan sebagai juara pertandingan ACSDC 2023 dengan kereta rekaannya yang berkonsepkan “Payung”.

Menurut ketua juri, Muhamad Zamuren Musa: Reka bentuk kereta yang dinamik dengan siluet ala ‘fastback’ dan karakter badan kenderaan yang kukuh serta stabil menjadikan kereta tersebut lebih seimbang. Selain itu, perincian yang ketara serta elemen gaya kreatif menjadi faktor lain yang membolehkan kereta itu dipilih sebagai yang terbaik di kalangan semua peserta.

Sementara itu, Philip Samuel Tandio dari Indonesia pula muncul sebagai naib juara dengan konsep “Out Ride”, manakala Muhammad Izhar Che Shukarno berada di tempat yang ketiga dengan konsep “Fastback”. Bagi kategori pelajar rekaan, Bryan Teh Yea Quan dari Universiti Asia Pasifik (APU), Malaysia dinobatkan sebagai juara dengan tafsiran uniknya tentang sebuah sedan yang ‘sporty’.

Manakala Alfred Han Wen Hao dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Malaysia sebagai naib juara dan Muhammad Amin Othman dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia berada di tempat yang ketiga.

“Bagi Perodua, pertandingan ini memberikan gambaran mengenai sedan kerana definisi dan persepsi kenderaan jenis itu adalah berbeza dari satu negara ke negara yang lain.

“Rakyat Malaysia melihatnya sebagai kenderaan yang praktikal manakala negara lain mungkin melihatnya lebih sebagai simbol status dan dengan menganjurkan pertandingan ini, kita dapat melihat di mana kita boleh menggabungkan kedua-dua idea itu menjadi satu,” kata Dato’ Sri Zainal.

“Pertandingan ini bukan sahaja menggalakkan pereka untuk menguji bakat mereka tetapi juga mendedahkan mereka kepada falsafah reka bentuk yang berbeza dari negara lain di dunia,” kata Pengarah MRM, Husaini Ismail.

Previous Post

Pencapaian Luar Biasa dan Pelancaran Edisi Terhad Ulang Tahun BYD ATTO 3

Next Post

Kembalinya Kehebatan Sukan Rali di Malaysia

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved