Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Pencapaian Luar Biasa dan Pelancaran Edisi Terhad Ulang Tahun BYD ATTO 3

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
13/12/2023
in BULETIN, UTAMA

Sebagai perintis dalam industri kenderaan elektrik (EV), BYD menyambut ulang tahun pertamanya di negara ini dengan meraikan siri pencapaian luar biasa yang menjadi bukti dedikasi kukuhnya terhadap inovasi, kelestarian dan kepuasan pelanggan dalam pasaran kenderaan yang mencabar.

Salah satu model paling laris di Asia pada masa ini, perjalanan BYD di Malaysia bermula dengan pelancaran BYD ATTO 3 yang serba maju setahun yang lalu. BYD ATTO 3 mendapat sambutan luar biasa apabila menerima 1,000 tempahan pada 10 hari pertama dengan 100 unit berjaya diserahkan dalam tempoh awal ini. Kenderaan elektrik ini terus memecahkan rekod apabila 1,000 unit diserahkan dalam masa 100 hari pertama pelancaran.

Kelebihan BYD terletak pada teknologi pembuatan canggih, reka bentuk luar biasa dan harga kompetitif, menjadikan lagi model mesra alam ini untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia. Pada Julai 2023, BYD mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar EV terulung di Asia Tenggara.

Menekankan komitmennya dalam membawa kenderaan elektrik inovatif kepada rakyat Malaysia, BYD seterusnya melancarkan BYD DOLPHIN pada Julai 2023, kenderaan elektrik sepenuhnya yang kedua bagi pasaran kereta penumpang negara. Model ini menghasilkan pecutan lancar, dan mampu mencapai kelajuan 100km/j dalam masa hanya tujuh saat, dipacu teknologi Blade Battery ikonik dari BYD.

Dalam tempoh hanya setahun, BYD telah meluaskan rangkaian di seluruh negara, termasuk bilik pameran dan pusat servis serba canggih di Lembah Klang, iaitu Ara Damansara, Glenmarie, TREC Kuala Lumpur, Setia Alam, Putrajaya, Balakong dan Cheras. Rangkaian ini menjamin kemudahan capaian, keselesaan, dan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang terbaik.

Selain di Lembah Klang, jenama ini juga telah bertapak di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Gurney dan Butterworth, Pulau Pinang; dan Ipoh, Perak. Di kawasan selatan, pusat BYD terletak di Midvalley Southkey Mall di Johor Bahru. Manakala di Malaysia Timur, BYD boleh dikunjungi di Kuching OneCity Mall, Sarawak. Sehingga kini, BYD mempunyai 14 bilik pameran dan telah melibatkan 14 pengedar di seluruh negara. Perekrutan fasa 3 pengedar telah dimulakan dengan matlamat untuk memperluas ke kawasan tambahan.

Untuk mengukuhkan tawaran perkhidmatannya, BYD memperkenalkan beberapa pakej perkhidmatan lepas jualan, termasuk pakej Servis Standard dan Servis Plus pada awal tahun ini. Pakej-pakej ini memastikan setiap aspek khidmat lepas jualan mematuhi penanda aras global, memastikan para pemilik EV BYD sentiasa menikmati pengalaman yang memuaskan. Inisiatif digital syarikat juga terus mengukuhkan perkhidmatan pelanggan, dengan fungsi pencarian lokasi pusat servis yang lebih mudah menerusi aplikasi mudah alih BYD dan alat diagnostik servis kendalian juruteknik

Tahun ini juga menyaksikan Sime Darby Beyond Auto, pengedar sah rasmi BYD di Malaysia, berganding bahu dengan Scientex Berhad untuk memeterai kerjasama bagi menggalakkan penggunaan EV secara lebih meluas dan menyediakan kemudahan pengecasan EV di kawasan perumahan termampu yang dimajukan syarikat tersebut.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Asia Tenggara, berkata, “Tahun pertama BYD bertapak di Malaysia sememangnya sungguh luar biasa. Sambutan dan pencapaian yang memberangsangkan menandakan satu anjakan paradigma dalam industri automotif kita.”

“Kerjasama antara Sime Darby Motors Malaysia dan BYD bukan sahaja telah memperkenalkan kenderaan elektrik terkini sejajar dengan agenda kelestarian jenama, tetapi juga mentakrifkan semula jangkaan pelanggan dengan menetapkan piawaian baharu bagi masa depan kaedah pengangkutan di Malaysia. Kami bukan sahaja meraikan ulang tahun tetapi juga masa depan di mana kelestarian, inovasi dan kepuasan pelanggan dapat disediakan bersama-sama.”

Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, menambah, “Sambil kami menyusuri perjalanan masa setahun BYD di Malaysia, kami amat menghargai sambutan hebat dan minat yang ditunjukkan oleh pelanggan di pasaran Malaysia. Kejayaan BYD Atto 3 yang disusuli oleh tindakan pantas melancarkan BYD DOLPHIN sesungguhnya menunjukkan minat yang semakin bertambah bagi kenderaan elektrik di Malaysia. Komitmen BYD bukan sahaja untuk membekalkan kenderaan terkini semata-mata; juga termasuk menyediakan ekosistem menyeluruh bagi pengangkutan elektrik.”

Sempena sambutan ulang tahun, BYD telah menganjurkan satu majlis istimewa sebagai tanda penghargaan kepada para pemilik BYD atas sokongan mereka dan kerana menjadi sebahagian daripada komuniti BYD. Majlis gilang-gemilang ini meraikan kejayaan yang dicapai sepanjang tahun dan memaparkan komitmen BYD untuk memupuk hubungan lebih erat dan mengukir lebih banyak kenangan manis dalam perjalanan yang bakal dihadapi.

Untuk menjadikan acara ini lebih istimewa lagi, BYD Sime Darby Beyond Auto telah melancarkan BYD ATTO 3 Edisi Terhad Ulang Tahun, menampilkan kit badan eksklusif. Versi edisi terhad ini, yang dikeluarkan dalam 500 unit sahaja, memaparkan skima warna Boulder Grey dan Ski White, yang dipilih khas untuk versi Extended BYD ATTO 3. Wajah baharu menawan ini termasuk lip bampar depan, spoiler depan, panel bampar depan dan penutup cermin sisi, spoiler belakang, difuser belakang, panel tingkap nyahkrom, panel pemijak sisi, dan panel tiang C. Dengan kedudukan yang lebih rendah dan sentuhan sport, BYD ATTO 3 Edisi Terhad Ulang Tahun memang tampak bergaya.

Sempena sambutan ulang tahun pertama, Sime Darby Beyond Auto dengan berbesar hati mengumumkan tawaran menarik, pelanggan boleh membuat tempahan sebelum 31 Disember 2023 dan menikmati tawaran eksklusif untuk tempoh terhad. Pilihan promosi termasuk Wallbox percuma, Kredit pengecasan, atau pakej perkhidmatan 3 tahun, rebat eksklusif, dan peluang untuk melawat Ibu Pejabat BYD di Shenzhen, China. Promosi ini terpakai kepada model BYD Atto 3 dan BYD DOLPHIN, dengan pelbagai pilihan varian untuk setiap pakej promosi. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Dari 8 hingga 10 Disember, BYD juga menganjurkan acara jualan Ulang Tahun Pertama Beyond Dreams Celebration di Bukit Kiara Indoor Arena. . Pelbagai aktiviti menarik, gerai, peluang ujian pandu, edisi ulang tahun ATTO 3 turut dipamerkan semasa sambutan tersebut. Acara ini bermula pada hari Jumaat dari 9 pagi hingga 2 petang dan berterusan pada hari Sabtu dan Ahad dari 9 pagi hingga 6 petang.

BYD ATTO 3 Edisi Terhad Ulang Tahun, yang dilancarkan pada harga pengenalan RM173,800, akan ditawarkan terlebih dahulu di acara prawara-wara eksklusif kepada pemilik BYD pada 8 Disember dan dilancarkan kepada orang ramai pada 9 hingga 10 Disember di Bukit Kiara Indoor Arena. Jualan bermula pada 8 Disember dengan serahan awal kepada pelanggan dijadualkan pada awal 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti laman media sosialnya di www.facebook.com/SimeDarbyBeyondAuto atau www.instagram.com/simedarbybeyondauto/. Untuk pertanyaan, hubungi Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.

Previous Post

Julung Kali Diadakan Di Utara, Terima Sambutan Luar Biasa!

Next Post

Terbuka Kepada Pereka Dan Pelajar, Terima Penyertaan Tujuh Negara

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved