Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Teknologi, Gaya Dan Kuasa Bagi Pasaran Global

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
13/05/2022
in BULETIN, UTAMA

Inovasi teknologi sentiasa menjadi tumpuan Chery dan sebagai pengeksport kenderaan penumpang No 1 di China selama 19 tahun berturut-turut, syarikat tersebut mempunyai pandangan global yang kukuh. Ini dibuktikan oleh kenderaan Pro Family, yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan global kini serta masa hadapan.

Terdapat lima ahli Pro Family setakat ini – empat SUV (Tiggo 2 Pro, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro) dan satu sedan (Arrizo 6 Pro). Pro Family telah disambut baik di banyak pasaran di seluruh dunia, termasuk Eropah Timur, Amerika Selatan, Timur Tengah, Asia dan Afrika.

Setiap model Pro Family dibangunkan berdasarkan tiga teras: teknologi pintar, rekabentuk bergaya dan kuasa cekap. Selari dengan teras pertama, kenderaan Pro Family dipenuhi dengan teknologi yang mengatasi rakan sekelasnya serta jangkaan pelanggan.

Sebagai contoh, Tiggo 8 Pro selaku model terunggul Pro Family didatangkan dengan tiga skrin – panel meter 12.3 inci, skrin kawalan iklim 8 inci dan skrin infotainment terapung 10.25 inci dengan Apple CarPlay, Android Auto dan paparan kamera 360 darjah. Tiggo 7 Pro turut dilengkapi sedemikian, manakala pengecasan telefon bimbit tanpa wayar dan pintu belakang elektrik juga boleh didapati bagi kedua-dua model.

Pro Family juga memanfaatkan teknologi pintar bagi menyediakan keselamatan menyeluruh. Selain enam beg udara, traction dan stability control, ISOFIX, penggunaan ultra-high-strength steel dalam pembinaan badannya serta ciri-ciri keselamatan pasif yang lain, keselamatan aktif juga tersedia melalui Advanced Driver Assistance System (ADAS), merangkumi fungsi seperti Lane Departure Warning (LDW), Automatic Cruise Control, Automatic Emergency Braking (AEB), Traffic Sign Recognition (TSC), Intelligent High-beam Control (IHC), Blind Spot Monitoring (BSD), Front Collision Warning (FCW) dan Emergency Brake Override System (BOW).

Rekabentuk bergaya merupakan teras seterusnya – Pro Family direka mengikut falsafah ‘Life in Motion 3.0’ yang dihasilkan oleh pasukan rekabentuk global Chery. Gril hadapan geometric matrix diamond yang diilhamkan oleh galaksi serta lampu hadapan LED tampil yakin, manakala pada bahagian dalaman, susun atur cockpit-surround mewujudkan suasana dinamik, selesa serta mewah.

Akhir sekali, Pro Family bersinonim dengan kuasa cekap – Chery merupakan jenama kenderaan China pertama yang menguasai teknologi teras enjin, transmisi dan casis secara kendiri, dan setelah gigih melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih 20 tahun, teknologi enjinnya merupakan yang terunggul di kalangan jenama China.

Terdapat pelbagai versi enjin bersiri ACTECO, daripada 0.8 liter sehingga 4.0 liter, dan enam enjin ACTECO telah disenaraikan dalam 10 Enjin Terunggul China, menawarkan kuasa serta kecekapan haba yang tinggi.

Pro Family kini sedang membuat penampilan sulung di seluruh dunia, baru-baru ini di pameran motor di Manila, Kuwait dan Indonesia, di mana model-modelnya menarik banyak minat. Pro Family juga telah menerima pelbagai anugerah di seluruh dunia, termasuk ‘SUV Paling Teknikal’ dan ‘SUV Teknologi Canggih Terbaik’ bagi Tiggo 8 Pro, serta ‘SUV Terlaris’ dan ‘Model Jenama China Paling Popular’ bagi Tiggo 7 Pro.

Baru-baru ini, siri Tiggo 8 telah mencapai pengeluaran 500,000 unit, menjadikannya model yang terpantas mencapai angka tersebut di kalangan SUV bersaiz sederhana dan SUV tujuh tempat duduk jenama China. Sejak kemunculannya pada 2018, siri Tiggo 8 disambut baik dalam pelbagai pasaran global termasuk Brazil, Arab Saudi dan Chile.

Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro merupakan antara model Pro Family yang sedang dirancang untuk Malaysia.

Previous Post

Penampilan Yang Lebih Menarik Dan Berani

Next Post

MC20 Dari Maserati, Nantikan 25 Mei Ini!

CAPAIAN

  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved