Supercar MC20 dari Maserati versi convertible bakal tiba di pasaran. Itu yang diperkatakan jenama dari Itali di penghujung tahun 2021. Beberapa imej juga turut disiarkan di mana MC20 memakai balutan camouflage. Enam bulan selepas pengumuman itu, tiada sebarang kemaskini tentang MC20. Ya, langsung tiada khabar berita!
Baru-baru ini, Maserati berkongsi beberapa imej di media sosial yang menunjukkan awan putih di langit biru. Awalnya, imej tersebut tidak menarik perhatian tetapi apabila menyedari mesej tentang cara baharu untuk menikmati langit akan datang pada 25 Mei ini, pasti ada sesuatu menakjubkan bakal berlaku.
Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, tiada sebarang berita tentang MC20 disebut atau apa-apa juga kereta lain dikongsi di media sosial Maserati. Apabila teaser lama dirujuk semula, langit biru tadi pastinya ada kaitan dengan versi convertible ini.
Apa yang boleh dijangka? Kemungkinan besar, bahagian belakang kereta ini akan berlaku perubahan dan penutup enjin yang mungkin lebih rata untuk memberi ruang kepada atap untuk kembali ke tempat asal dan juga perubahan boleh juga dibuat pada bahagian fender.
Bagi enjin pula, tiada sebab untuk percaya yang enjin V6 turbocharge berkembar 3.0 liter tidak mengekalkan kehebatan 621hp. Ia disambungkan pula dengan transmisi dua klac 8-kelajuan yang mencatatkan masa terpantas MC20 hingga 60mph dalam masa 2.9 saat. Komponen convertible pastinya menambahkan lagi berat. Jangan terkejut jika harganya lebih tinggi. Lebih banyak lagi teori akan didedahkan pada 25 Mei ini.
Sumber : Motor1