Sime Darby Auto Connexion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah berkerjasama dengan platfrom e-dagang SpareXHub untuk menawarkan penjimatan hebat bermula dari 64 peratus untuk alat ganti stok lama Ford yang terpilih, bermula sekarang sehingga 31 Mac 2022.
“Kami sentiasa berusaha memberikan nilai tambahan dan kemudahan kepada para pelanggan kami. Selaras dengan usaha mendigitalkan pengalamanan jualan runcit kami, gandingan bersama SpareXHub ini memberikan platform kepada pelanggan untuk mendapatkan alat ganti tulen stok lama Ford dengan cara mudah di samping dapat berjimat,” kata Turse Zuhair, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion -Ford.
“Mereka kini boleh merasa lega mengetahui kenderaan mereka boleh diselenggara dengan alat ganti pengeluar tulen walaupun tempoh waranti telah tamat,” tambahnya lagi.
Dengan Alat Ganti Tulen Ford, pelanggan dapat memastikan kualiti, kesesuaian dan kemasan yang terbaik kerana semua alat ganti direka khusus untuk kenderaan Ford demi prestasi yang hebat.
Untuk maklumat lanjut tentang produk yang ada beserta harga dan menikmati penjimatan jualan hebat ini, sila layari www.sparexhub.com ikuti Facebook SpareXHub.
Untuk maklumat lanjut tentang SDAC dan Ford, ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube atau layari www.sdacford.com.my.