Awal minggu ini, pembuat Apple iPhone iaitu Foxconn telah memperkenalkan tiga buah kenderaan elektrik; crossover kompak Model c, bas Model T dan juga sedan Model R. Sedan ini direka dengan kolaborasi bersama pereka Itali terkenak Pininfarina. Tidak banyak yang didedahkan tentang kereta sedan tersebut, namun menerusi video di channel Youtube Pininfarina rasmi memberikan gambaran tentang kereta ini termasuklah pantauan di bahagian dalam.
Rekaan bahagian eksterior tampil menarik, dengan fascia depan dan belakang yang nampak hebat. Begitu juga bahagian pintunya. Ia bertujuan memberi ruang untuk kereta ini berinteraksi dengan keadaan sekelilingnya. Sebagaimana yang dapat dilihat, ia direka agar nampak mewah, kukuh dan elegan.
Menurut Pininfarina menerusi laporan Motor1, Model E ini dijenamakan sebagai Foxtron, menguasakan 750hp (559 kilowatt) dan mencecah sehingga 100km sejam. Dalam masa 2.8 saat dan menawarkan jarak perjalanan 750km.
Di bahagian dalamnya, tampil elegan, disaluti dari bahagian depan, menerusi pillar sehingga pintu belakang. Selain itu, ia juga ada pengecaman wajah sebaik sahaja anda menghampiri. Bahagian tengahnya pula ada kluster instrumen, skrin infotainment dan skirn tambahan di sebelah kiri pemandu.
Sebuah sedan yang cukup mempersonakan, Model E dan dua lagi model kenderaan elektrik dari syarikat ini dijadualkan untuk mula dipasarkan pada tahun 2023. Setakat hari ini, ia akan dipasarkan secara eksklusif di Taiwan dan bukannya Amerika kecuali khabar angin tentang Apple Car benar-benar jadi kenyataan.
Sumber : Motor1