Dicipta oleh Kid Trax, sebuah syarikat pengeluar kereta mainan yang dikuasakan bateri. Kenderaan mini dan comel ini telah dilesenkan oleh Ford yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan penuh adventure.
Sebanyak empat kenderaan mainan yang ditawarkan Kid Trax yang didatangkan dengan lampu utama LED, lampu siang yang benar-benar menggantikan versi asal. Kalau diperhatikan betul-betul, ia mempunyai semua perincian yang ada pada Ford Bronco sebenar.SUV ini mempunyai lima tayar, tempat duduk sport bucket, cermin sisi yang berfungsi dengan cukup baik, hon dan bunyi enjin sebenar. Ia menggunakan bateri 12V termasuk pengecas yang disediakan bersama dalam pakej satu pakej. Penutup bahan bakar (minyak) digunakan sebagai penghalang untuk slot pengecas bateri kereta.
Bagi membuatkan Bronco mini ini sesuai untuk jalan lasak, Kid Trax melengkapkan ia dengan tayar traksi getah. Bagi hiburan pula, ia didatangkan dengan FM radio serta slot untuk MP3. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemecut yang boleh berfungsi dan mampu pergi selaju 5 mph (8 kph). Ya, kelajuan yang cukup selamat dan pastinya menyeronokkan kanak-kanak.
Menurut Kid Trax, Bronco ini sesuai untuk 2 orang dan dari umur tiga hingga tujuh tahun. Kalau berminat, layari laman web https://kidtraxtoys.com/pages/fordbronco. Setakat ini, harganya masih lagi belum didedahkan. Agak-agak berapa?
Sumber : Autoevolution / Kid Trax Toys