Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SWAG LIKE A BOSS

Saiful by Saiful
15/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Satu perkara yang tak betul pasal Caldina ialah, tanggapan ramai bahawa ia tergolong dalam keluarga MPV. Walaupun bentuknya nampak seakan-akan, ia sebenarnya sebuah sport wagon yang berevolusi dari dua generasi sebelumnya. Makin lama makin tirus, sekaligus menghilangkan rupa asal wagon yang kita kenali.

Transisi rupa ini berjaya menarik minat ramai tanpa mengira usia. Yang muda, yang kertu, yang kunyit, semuanya selesa menjadikan Caldina sebagai pilihan. Melihat situasi ini, maka berduyun-duyunlah jumlah yang dibawa masuk bagi memenuhi permintaan. Dengan tak semena-mena, populariti segmen wagon yang sepi selepas AD Resort, berjaya dipulihkan dalam tempoh yang singkat.

Caldina milik Jai ini mungkin boleh menjelaskan maksud sport wagon sebenar. Untuk bahagian luar, ia dilengkapi kit badan versi C-One yang tentunya lebih agresif. Beberapa komponen jenis karbon fiber turut digunakan seperti hood, fender, spoiler, termasuk garnish plet belakang. Untuk menerangi malam di kala bulan memagar bintang, sebijik sunroof Odyssey ditempatkan pada ruang bumbung.

Dari sebuah model NA, keupayaan kereta ini telah dianjak ke tahap yang lebih memberangsangkan, menerusi penempatan enjin berkuasa turbo 3S-GTE dari Caldina GTT ST215. Seperti dijangka ia tidak hanya dipindah salin, tapi turut melalui proses naik taraf secara berperingkat.

Memastikan enjin ini mampu bertahan lama, bahagian dalaman menempatkan unit crankshaft Celica ST205 sebagai teraju utama. Ia kemudian dihubungkan kepada rantaian komponen lain seperti piston Wiseco 87mm, conrod Eagle, serta set galas enjin King Bearing. Kesemua liang penting pada kepala silinder menerima proses port & polish, termasuk penggunaan camshaft 264° dan spring injap dari HKS.

Sebagai cara menjana kuasa, unit turbo telah digantikan dengan turbo bearing AR.70 yang ditempah mengikut spesifikasi tertentu. Ia ditenggek pada sebuah manifold turbo kustom, sebelum dipadankan bersama wastegate Tial 38mm. Bagi membantu proses sejukan, kedudukan intercooler asal telah dialihkan ke depan bumper, menggunakan kit intercooler GReddy bersama paip sambungan kustom. Sementara jumlah boost yang tidak diperlukan, akan dilepas keluar menerusi injap pelepas HKS SSQV.

Untuk sistem penyampaian bahan api, bekalan petrol dibawa masuk menerusi pam bertekanan tinggi Walbro. Ia ditembak ke kebuk pembakaran menggunakan set injektor Bosch 1000cc, sambil dilaras oleh unit regulator Arospeed. Untuk capaian kuasa yang optimum, perjalanan enjin kini ditala menggunakan unit EMS Haltech Sport 1000.

Kereta ini datang dengan sistem pacuan AWD sepenuh masa. Walau bagaimanapun, keupayaannya sedikit terbatas memandangkan ia hanya dibekalkan dengan kotak gear jenis automatik. Sebagai penyelesaian, kotak gear manual dari Celica ST205 telah dipilih, sesuai dengan peningkatan di bahagian enjin. Memastikan hantaran kuasanya tidak tergelincir, ia kini dilapik set klac plet berkembar dari OS Giken.

Kedudukan kereta direndahkan dengan set suspensi boleh laras dari Tein. Untuk tujuan keselamatan, komponen brek depan telah digantikan dengan kaliper 4-pot TRD Sumitomo beserta pad brek dari Brembo. Sebagai penambah seri, keseluruhan ruang roda kini menempatkan rim Volk Racing TE37, yang dilapik tayar Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 225/45R-17.

Menjengah ke ruang dalam, mata kita pasti tertumpu kepada sepasang tempat duduk merah jenis TRD Sports di bahagian depan. Untuk gaya lebih premium, keseluruhan panel pintu dan tempat duduk belakang telah dibalut semula menggunakan kain dari Recaro. Keadaan ruang dashboard bagaimanapun masih kekal asal, kecuali penempatan rangkaian gajet elektronik seperti meter tambahan Defi, meter boost Apexi, pengawal boost HKS EVC, paparan gear Ultra, pemasa enjin HKS, serta unit RSM Apexi di atas cermin depan.

Setelah sekian lama menghuni pasaran, Caldina kini memiliki nilai semasa yang agak masuk akal. Melihat kepada contoh potensi yang ada, ia mungkin antara calon yang boleh dipertimbangkan peminat modifikasi.

 

 

Previous Post

NUEX HKS

Next Post

PICK ME

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved