Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PICK ME

Saiful by Saiful
15/01/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Ini bukan Kancil, tapi sebuah Daihatsu Mira yang telah dibina semula oleh Iedol Chintaphen dari Shikaku Garage. Alah, yang bikin Mira Walk-Through Van paparan utama hari tuh. Seperti kereta tersebut, yang ni juga telah diubahsuai secara total, khusus untuk tujuan pertunjukan.

Asalnya dapat rangka jer. Dah memang itu yang dia cari. Lepas angkut ke bengkel, ia cuba dibaik pulih seperti kondisi asal. Memandangkan keadaannya yang kureng merecik, Iedol ambik keputusan untuk memotong terus sebahagian bumbung belakang, mirip seperti Mira pikap yang banyak berkeliaran di bumi Thailand.

Potongan dibuat dari bawah cermin tiang pilar B, menjurus ke tiang pilar C. Bagi membentuk ruang pemisah antara kokpit dan kargo, ia dimatikan dengan unit tailgate yang dibentuk semula. Keseluruhan lantai kargo kemudian ditutup dengan kepingan plet besi dan aluminium, termasuk rekaan tailgate baru yang boleh diselak ke bawah.

Iedol memilih kit badan Mira L500 Classic sebagai pelengkap sektor luaran. Banyak betul komponen krom bling-bling yang kelihatan. Juga digunakan spoiler Mira L512, spoiler tengah Mira L502 pada tailgate belakang, serta unit canvas top manual yang diubahsuai.

Arca ruang roda juga telah dibentuk semula, bagi membolehkan rim terlajak lebar jenis Borbet 15-inci digunakan. Memastikan ia duduk pada jarak yang betul, sistem suspensi menggunakan komponen milik Mira L500 yang diubahsuai. Sementara sektor hentian, dibantu brek cakera Mira L200 di bahagian depan.

Sesuai dengan peranannya sebagai kereta berhias, keseluruhan bahagian dalaman diberi tema warna krim lembut, sama ada dicat atau dibalut semula. Ni nak tumpang duduk pun segan. Bermula dengan penggunaan papan pemuka Mira Opti Classic sebagai asas, ia kemudian diserikan dengan beberapa komponen lain seperti stereng Mira Gino serta sepasang tempat duduk Mira L500 Classic. Aksesori tambahan lain termasuklah karpet Union Jack Mini, karpet dasar merah, bar X kustom serta tombol gear kustom kepala korok.

Proses naik taraf kuasa turut berlaku di mana enjin asal yang tah mana peginya, telah digantikan dengan siri EF-DET dari Mira Gino. Disebabkan ia tidak dibina untuk tujuan prestasi, tiada sebarang peningkatan dilakukan kecuali pada unit turbonya. Tu pun pasal kong awal. Binaan ekzos menggunakan paip berkembar kustom, yang sengaja dihalakan ke sisi kiri dan kanan kereta.

Boleh ke bikin sampai gini? Kalau guna atas jalan, dah tentu tak boleh. Namun atas maksud mencari kelainan untuk tujuan pertunjukan, kewajaran pengubahsuaiannya tak perlu lagi dipertikaikan…

 

Previous Post

SWAG LIKE A BOSS

Next Post

AVENO HC SHPD DIESEL 10W-40

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved