Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SUV Mewah dengan Keselesaan dan Keupayaan Maksimum

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/06/2024
in BULETIN, UTAMA

Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan ketibaan Mercedes-Benz GLB baharu yang hadir dalam dua varian; Mercedes-Benz GLB 200 dan Mercedes-Benz GLB 250 4MATIC. Dengan beberapa inovasi dan pertimbangan yang luar biasa, maka terhasil sebuah SUV kompak GLB yang luas dan lebih menarik untuk para pengguna.

Mercedes-Benz GLB adalah SUV mewah yang dilengkapi pelbagai ciri terkini dengan fungsi yang cemerlang. Direka untuk mereka yang mendambakan kepelbagaian. GLB menawarkan ruang barisan tempat duduk selesa sekali gus menjadikannya kenderaan 7-tempat duduk yang sofistikated dengan ruang kargo yang cukup luas.

Menampilkan reka bentuk luaran yang dipertingkatkan dengan bahagian hadapan dan belakang yang telah diperbaharui. GLB kini hadir dengan gril radiator baharu, apron hadapan dan yang moden serta reka bentuk lampu hadapan dan belakang yang lebih elegan. Dengan penambahan Night Package, SUV kompak ini tampil lebih sporty.

Di bahagian interior pula, pemandu disambut dengan stereng sporty pelbagai fungsi baharu. Ia memberikan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan. Selain itu, sistem infotainment MBUX terkini memastikan sambungan dan hiburan yang lancar sepanjang perjalanan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang berkata bahawa Mercedes-Benz GLB ini merupakan SUV paling serba guna dalam segmen SUV mewah jenama mereka. Rekaan ikoniknya memberikan gambaran karakter SUV yang jelas, mempamerkan rekaan klasik oof-road daripada model terdahulu, G-Class. Bahagian dalam yang luas boleh memuatkan sehingga 7 penumpang dan ruang letak barang berkapasiti 1,805 liter.

Tidak kira sama ada digunakan untuk meronda sekitar jalan bandar atau perjalanan berjarak jauh, Mercedes-Benz GLB ini direka untuk melangkau jangkaan anda, menawarkan ketersambungan yang cemerlang, tempat duduk yang boleh dilaraskan dan pelbagai guna yang tiada tandingan untuk setiap perjalanan.

Eksterior
Bampar hadapan direka semula dengan perlindungan bahagian badan bawah, menekankan sifat off-road SUV ini. Gril radiator SUV dengan empat tetingkap mendatar pada GLB 200, mengukuhkan kesan ini. Sementara itu, GLB 250 4MATIC menampilkan gril radiator dengan satu tetingkap dan sisipan krom. GLB juga hadir dengan grafik sisi yang lebih terperinci, mencipta permainan cahaya dan bayang yang menarik serta penampilan belakang yang lebar. GLB 200 mempunyai luaran Progressive Line. Manakala GLB 250 4MATIC mempunyai luaran AMG Line.

Dilengkapi dengan Night Package, bahagian trim yang pelbagai dikemaskan dengan sentuhan hitam berkilat, begitu juga dengan tetingkap kepada kerangka radiator, elemen trim ini juga terdapat pada bahagian apron depan dan belakang, rel bumbung, perumah cermin eksterior dan juga jalur tingkap serta stimulasi underguard di bahagian depan dan belakang. Manakala, ciri-ciri eksklusif yang ada pada GLB 250 4MATIC ini ialah apron depan AMG dengan splitter depan serta apron AMG belakang dengan trim tailpipe hitam berkilat yang jelas kelihatan.

Headlight LED penuh dan lampu belakang menyerlahkan penampilannya dengan pelbagai pilihan yang diluaskan dengan warna Spectral Blue Metallic baharu. Lampu hadapan dengan LED berprestasi tinggi, menampilkan Adaptive Highbeam Assist yang berubah secara automatik ketika lampu tinggi sekiranya ia tidak mengesan apa-apa cahaya dari kenderaan di hadapan. GLB 200 dipasangkan dengan roda aloi-ringan dengan 5 jejari 18 inci dan GLB 250 4MATIC didatangkan dengan roda aloi-ringan 5 jejari AMG 19 inci.

Interior
Ruang interior GLB yang luas adalah gabungan praktikaliti harian dan kesesuaian dengan teknologi moden. Ia boleh memuatkan sehingga 7 penumpang dalam SUV kompak ini. Salah satu ciri menarik yang signifikan dalam kemaskini interior terbaharu ini adalan skrin berganda. GLB ini didatangkan dengan skrin seluas 10.25 inci untuk kluster instrument dan juga skrin multimedia. Dengan sistem infotainmen MBUX generasi terkini, pemandu boleh mengakses Apple CarPlay dan Android Auto dengan mudah tanpa memerlukan sambungan wayar. Navigasi cakera-keras boleh didapati menerusi Mercedes me store.

Lubang-lubang udara dalam turbin yang bulat kelihatan sporti dan elegan berlawanan dengan garis lurus, elemen tipikal off-road dalam aluminium. Stereng sporty pelbagai guna dibaluti dengan kulit untuk GLB 200 dan Nappa untuk GLB 250 4MATIC. Bagi penyambungan, GLB ini mempunyai slot USB-C dan pengecas kuasa USB yang telah ditambahkan dan kesemua slot USB ini didatangkan dengan lampu.

GLB ini juga dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa yang disaluti kulit buatan tangan ARTICO untuk GLB 200 dan kuliti ARTICO buatan tangan / gentian mikro MICROCUT pada GLB 250 4MATIC. Selain itu, GLB 200 didatangkan dengan trim bercorak bintang dan GLB 250 4MATIC mempunyai corak bintang pada bahagian belakang trim yang berinteraksi dengan cahaya ambien. Corak Mercedes-Benz ini bersinar di panel instrumen dalam warna pilihan pengguna.

Banyak lagi ciri-ciri yang telah dikemaskini untuk kedua-dua SUV kompak GLB ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my.

Previous Post

Himpunan Satria, Raikan Lagenda Jalanan Malaysia!

Next Post

Pusat Servis Sehenti Berbilang Francais bagi Khidmat Penyenggaraan Kenderaan Berkualiti & Mampu Milik

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved