SUV Kia Sorento Dan Sportage Catat Jualan Tertinggi Bulan Julai Di AS
Sektor pemotoran global mengalami impak yang besar berdepan pandemik Covid-19 melanda dunia. Bukan sahaja, pengeluaran terpaksa ditutup malah penjualan menurun dengan mendadak. Bagaimanapun, situasi berkenaan mula beransur pulih. Di Amerika Syarikat (AS), jualan jenama Mazda meningkat pada tahun 2020 berbanding 2019. Jenama Kia, turut merasai peningkatan dalam jualan dengan pengenalan SUV terbaharu Pallisade.
Menurut pengeluar dari Korea Selatan itu, Kia mencatatkan jualan sebanyak 52,479 kenderaan pada bulan Julai sekali gus melakar sejarah syarikat dengan penjualan tertinggi.
“Ketika kita berdepan pandemik, Kia mencatatkan peningkatan jumlah jualan runcit dari tahun ke tahun terutama enam model kenderaan utiliti.
“Bahkan, kami yakin dapat mengekalkan momentum ini dengan pengenalan model baharu K-5 dan Telluride Nightfall Edition digabung bersama beberapa produk yang dijadualkan bakal dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.
“Ia akan membantu melonjak jenama Kia,” kata Naib Presiden, Operasi Jualan Kia Motors America, Bill Peffer.
Jualan tertinggi Kia pada bulan Julai merupakan SUV Sorento dan Sportage manakala Telluride meningkat sebanyak 68.3 peratus berbanding bulan lalu. Sportage mencatatkan jualan terbaik pada bulan Julai dengan penjualan sebanyak 7,939 unit. Seltos pula dijual sebanyak 4,504 unit. Model paling teruk jualan pada bulan Julai merupakan K900 hanya 25 unit dijual berbanding 31 pada bulan sama tahun lalu. Ia diikuti model Cadenza dengan 100 unit terjual. – carbuzz
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ