Great Wall bercadang untuk kembali ke pasaran Eropah menerusi jenama Wey yang baru-baru ini mempamerkan SUV di IAA Mobility 2021. Dikenali sebagai Coffee One, ia bakal menjadi tawaran pertama Wey di pasaran Eropah yang diklasifikasikan sebagai produk premier bersaing dengan BMW, Audio dan juga Mercedes-Benz.
Strategi premium ini sangat berbeza untuk Great Wall Motors dari China ini, di mana sebelum ini cuba untuk ‘memenangi’ hati pelanggan di Eropah dengan penawaran berdasarkan bajet. Menurut Timbalan Presiden Eksekutif Great Wall untuk pasaran Eropah, Johnson Qiang seperti yang dilaporkan Autonews, Coffee One ini akan dilancarkan di Jerman dan diikuti Itali atau Sepanyol sebelum diedarkan ke seluruh Eropah.
Bagi makluman, Coffee 01 (atau Coffee One) ini merupakan hybrid plug-in yang berkemampuan pergi sejauh 149 km hanya bersandarkan kuasa elektrik dan dijadikan pengangkutan harian dalam mode EV. Ia menampilkan ICE kitaran 2.0-liter dan dua motor elektrik yang disepadankan dengan transmisi dua klac 9-kelajuan. Kombinasi kuasa adalah 469bhp (476 PS / 355 kW) dengan 0-62 kali menjadi sub-5 saat.
Menurut laporan Automotive News, Coffee 01 mungkin bukan nama terakhir yang bakal digunakan SUV ini kelak.
Sumber : Carscoops