VW ID. Life Concept telah membuat penampilan sulungnya di IAA Munich baru-baru ini tetapi ia hanya akan dikeluarkan dalam bentuk produksi pada 2025 dan ditempatkan di bawah slot hatchback elektrik kompak ID.3. Kereta konsep ini telah dibangunkan sebagai EV FWD, versi yang lebih pendek menerusi platform MEB yang sama untuk kereta-kereta bandar.
E-motor ini mampu menghasilkan 231hp (172 kW) dan tork 290 Nm (214 lb-ft) untuk roda hadapan. Bagus untuk 0 hingga 62 mph (100 km/j) dalam masa 6.9 saat hingga 112 mph (180 km/h). Ia mendapat kuasa yang diperlukan dari pek bateri dengan kapasiti yang boleh diguna semula 57 kWh (62 kWh) dengan memberikan 400 kilometers berdasarkan kitaran WLTP. Ia turut disokong oleh pengecasan pantas DC yang mampu mencapai sehingga 163 kmeters. Dalam masa 4 tahun sebelum ia benar-benar berada di atas jalan raya, pastinya menarik jika VW meningkatkan lagi kemampuan kereta ini kelak.
Walaupun dari sudut saiz, ia lebih pendek dari Golf Mk8, ID. Life ini mempunyai wheelbase sepanjang 2650 mm (104.3 inci) yang sedikit panjang berbanding kereta paling laris Volkswagen itu. Jarak di antara gandar, memberikan kereta konsep elektrik ini ruang yang luas untuk kaki begitu juga dengan kapasiti kargo sehingga 1,285 liter (45.3 kubik) apabila tempat duduk belakang dilipat.
Bahagian penyimpanan boleh memuatkan 225 liter kargo dengan 108 liter tambahan di bawah lantai. Pasukan jurutera Volkwagen juga mencipta kawasan penyimpanan 68-liter di bahagian hadapan yang mana turut menempatkan ruang sebesar 8 liter untuk menyimpan kabel pengecasan.
Selain itu, VW ID. Life ini juga antara kereta konsep yang menukar cermin sisi dengan kamera untuk aero yang lebih baik. Begitu juga dengan cermin pandang belakang yang digantikan dengan kamera untuk menunjukkan rakaman di atas skrin 9-inci. Volkswagen turut memuatkan skrin projektor untuk konsol permainan yang pastinya tidak akan dibuat apabila ia memasuki produksi pada tahun 2025 nanti.
Sumber : Motor1