Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SUBARU IMPREZA VERSION 6

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
22/08/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Hingga ke hari ini, saya masih menyimpan angan-angan untuk membeli sebuah Subaru Impreza 22B, dengan harapan ada penjual yang sesak nak guna duit.

Anda tahu berapa harga 22B sekarang? Tak pernah jatuh. Apa yang pasti, lebih mahal berbanding Version 7, 8 dan 9 WRX. Sasaran utama saya tentulah model asal yang langsung tidak dimodifikasi. Masalahnya ada ke?

Subaru Impreza GC8. Badan kereta Impreza sedan WRX atau STI daripada versi 1 hingga 6 yang tidak bertukar chasis. Bodypartnya masih boleh diguna pakai untuk enam generasi, sesuatu yang luar biasa bagi industri Jepun yang kita semua tahu, suka sangat tukar dan buat model-model baru.

Satu benda yang tidak boleh diketepikan pada GC8 ini ialah bunyi boxer yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana enjin EJ20 sejarah pembinaannya.

Itu menjadikannya unik dalam kalangan kereta sport klasik di Malaysia. Harganya berkisar pada sebuah Alza baru atau lebih daripada itu kalau dah banyak barang. Secara jujurnya, kalau dapat kereta ini dalam keadaan stok, tak ada benda yang akan dibuat pada enjinnya kecuali ekzos. Deruman boxer asli tradisi Subaru itu memang sangat tipikal pada enjin generasi ini.

Kereta milik Edy ini ialah versi asli WRX tahun 1999 generasi terakhir sebelum badannya bertukar pada casis GD-A. Seperti yang dapat dilihat, kereta ini terjaga rapi dan modifikasi yang dibuat adalah sederhana sahaja.

Turbin VF28 single scroll sudah memadai untuk menggerakkan kereta dari rumah ke pejabat dan berhujung minggu sambil menyakat kereta 2.0 liter yang lain. Modifikasi lebih kepada peralatan bolt on seperti cam Toda dan ECU Zerosports. Peralatan lain termasuklah injap blow-off Sheepdog, wastegate Tial, intake plenum Zerosport dan penapis udara Blitz.

Ekzos? Mesti guna yang mengaum, barulah bunyi brrupp brruup tu keluar. Set pada kereta ini ialah lengkap daripada HKS, manifold depan hingga ke muncung belakang. Tetapi, mufflernya ditukar kepada Blitz Nur Spec R. Sebaik menderu, kotak gear asal dan flywheel Toda membawanya berlalu pergi.

Kereta ini menjalani ubah suai pengendalian yang ekstensif. Apa yang perlu anda tahu, untuk enjin pacuan depan (FF) atau 4WD, Subaru menang dari sudut pembahagian berat kerana konfigurasi enjin yang menyokong sesaran beratnya.

Di trek kereta ini memang cemerlang. Tetapi untuk memantapkannya lagi, set Cusco dipasang. Ia termasuklah lower arm bar depan belakang, anti roll bar dan satu set Tanabe Sustec Pro boleh laras.

Caliper brek masih asal, tetapi diganti dengan cakera Project U Spec S di depan bersama padnya. Skala breknya memang di tahap yang terkawal. Rim pula, SSR Type C 17 inci yang dibalut tayar Yokohama A Drive 225/45r17.

Apa yang lebih menguntungkan kalau pandu Impreza ini ialah kita tak berkongsi dengan kereta Proton. Enjin dan kereta Evo/GSR jadi mahal sebab ada kereta Proton yang berebut-rebut membelinya.

Untuk mendapatkan sedikit kelainan, Edy memasang kerusi bucket penuh Corbeau di bahagian pemandu. Meter tiga serangkai pada papan pemuka itu ialah Defi yang dipasang dalam perumah khas buatan Zerosport. Kedudukannya kemas sebab ia memang direka untuk menggantikan tempat simpanan barang asal. Di tiang pemandu ialah boost meter Apexi dan tersorok sikit ialah sebuah pen timer APEXi.

Bahagian luar kereta memang tak nampak keganjilan langsung. Nampak macam satu set yang dipasang terus pada body asal. Realitinya ada beberapa ubah suai yang dibuat. Skup bonet itu salah satu daripadanya. Diffuser belakang pula dimodifikasi daripada version 9 STI dan lips depan itu dibuat custom.

Beberapa pelekat disesuaikan pada badan kereta. Warnanya putih solid. Apabila dipadankan dengan pelekat STI warna merah jambu, terus rupanya berubah 360 darjah. Nampak garang dan racing sekali.

Kereta begini sebenarnya khusus untuk peminat sejati kereta sahaja. Ia bukanlah sebuah kereta yang korang boleh harap untuk mengorat awek sebab dia orang tak taupun kereta apa ni. Dari jauh serupa Wira pun ada. Kalau rasa nak cari makwe, beli E46 senang nampak logo BMW. Tapi kalau kena kitai di highway sama Satria Gti janganlah kecil hati.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

SONY DSC
Previous Post

TOYOTA CELICA ST205

Next Post

ANDA MINAT MPV? TOYOTA ESTIMA INI BOLEH JADI KENDERAAN KELUARGA YANG MENARIK

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved