Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SPOON R

Saiful by Saiful
10/03/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Dalam hierarki keluarga Type R, generasi Civic lebih mendapat tempat berbanding model-model lain. Ia didorong oleh faktor populariti, menyebabkan proses pembangunan dan pengeluaran lebih tertumpu kepadanya. NSX ngan Accord mana ada varian Type R dah sekarang. Begitu juga dengan Integra, yang terus sepi tanpa model gantian.

Integra DC2 Type R pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995, untuk membantu proses homologasi bagi siri perlumbaan Group N. Ia dibina untuk menjadi jentera pacuan depan terpantas, dengan memberi penekanan kepada aspek pengendalian dan talaan casis. Selain itu enjin B18CR yang dibekalkan juga cukup mengkagumkan, apabila mampu menghasilkan output sekitar 200PS walaupun hanya bersesaran 1.8-liter.

Gabriel antara yang sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kereta ini. Reputasinya sebagai jentera pacuan depan terpantas, merupakan antara sebab mengapa ia dipilih. Dulu takat angan-angan dalam Gran Turismo. Bila sudah berkemampuan, impian tersebut segera direalisasikan dalam dunia realiti sebenar.

Integra DC2 memiliki rekabentuk yang tak jemu dipandang mata. Sesuai dengan imejnya sebagai sport coupe, sedikit sentuhan sudah memadai untuk menyerlahkan penampilan keseluruhan. Bagi kereta ini, Gabriel telah menetapkan matlamat untuk menghasilkan sebuah jentera mirip kepada Integra DC2 Type R talaan Spoon. Ikutkan memang ringkas. Tapi bila hood, lip dan cermin sisi gentian carbon tu ada cop burung Spoon, nilai yang perlu dibayar sudah tentu boleh merunsingkan poket.

Sektor pengendalian dimantapkan dengan set suspensi boleh laras Tein Flex Z. Memastikan ia mampu berhenti pada waktunya, sistem brek depan menggunakan kaliper twinblock dari Spoon yang digandingkan bersama rotor Project U. Mengisi ruang roda adalah rim Spoon berukuran 16-inci, sebelum dipadankan dengan tayar Yokohama Advan Neova AD08R dari saiz 205/45R-16.

Selain bahagian luar, kelebihan kereta ini terletak pada ruang enjinnya yang cukup kemas dan teliti. Jangan kata wayar, habuk pun tak nampak. Mana-mana komponen kurang perlu juga telah ditanggalkan, bertujuan untuk memberi kelegaan maksimum pada ruang ini.

Walaupun pernah bergelumang dengan dunia kelajuan, enjin B18C Type R ini tidak Gabriel usik sesuka hati. Mulanya macam tak caya. Tapi lepas diyakinkan, rupanya enjin yang baru dibina semula ini masih lagi standard. Dah memang Type R, pakai gitu jelah. Penekanan hanya diberikan kepada sudut kosmetik, termasuk penggunaan cagak enjin Hasport, radiator aloi Sard, serta binaan ram udara titanium.

Bekalan bahan api dibawa oleh pam petrol Walbro. Memastikan kuasa cucuhan lebih sempurna, sistem koil asal telah dimansuhkan dan diganti dengan set COP, sebelum diselia sepenuhnya oleh unit ECU Link G4. Sistem ekzos pula menerima komponen lengkap dari Spoon. Manakala kuasa pecutan, datang dari kotak gear S80 yang dilapik set klac dari Ogura.

Sudut dalaman masih kekal seperti yang sepatutnya. Paling menonjol tentulah sepasang tempat duduk Recaro SR2 berwarna merah. Tiada gajet tambahan kelihatan. Yang ada cuma stereng Momo Spoon, tombol gear titanium, serta bar kokpit di ruang belakang.

Walaupun ringkas, penekanan kepada konsep yang dibawa menjadikan kereta ini sedikit istimewa berbanding yang lain.

 

 

Previous Post

YOUR HIGHNESS

Next Post

SPOON HYBRID

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved