Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SKYWAGON

Saiful by Saiful
30/03/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Sampai satu tahap, kau tentu akan rasakan yang sebuah sedan tidak memadai untuk memenuhi keperluan semasa. Famili makin membiak, beg pulak makin besar. Tiba masa nak balik kampung, memang huru-hara jadinya. Suka atau tidak, sebuah kenderaan lebih besar amat diperlukan dan model-model dari segmen MPV atau SUV lebih mendapat tempat.

Tapi tulah. Membeli sebuah MPV premium umpama menjerat leher untuk tempoh yang lama. Kecuali kalau kau mampu bebenor. Bagi kaki tekan yang baru berhijrah, ia mungkin mengundang kemurungan yang berpanjangan. Jadi apa lagi pilihan yang ada? Antara cadangan yang boleh difikirkan adalah model wagon berprestasi seperti Nissan Stagea ini.

Stagea diperkenalkan pada tahun 1996, sewaktu trend sport wagon mula diterima ramai. Ia sebagai jawapan kepada Subaru Legacy GTB yang banyak menguasai pasaran domestik Jepun ketika itu. Turut mengikut jejak adalah model Mitsubishi Galant Legnum VR4, juga Toyota Caldina GTT. Honda ada bikin Accord CH9, cuma tidak bersaing dalam kategori ini. Manakala Mitsubishi Lancer Evo IX Wagon dan Toyota Mark II Blit hanya lahir selepas Millennia.

Biarpun sering dikaitkan dengan Skyline, Stagea generasi pertama sebenarnya dihasilkan dari platform Laurel C34. Momokan ia sebahagian daripada keluarga Skyline disebabkan oleh model Stagea 260RS Autech, yang menggunakan enjin dan sistem pacuan Skyline R33 GTR sepenuhnya. Jadi tidak hairanlah jika Stagea, banyak berkongsi komponen dengan kedua model ini.

Kereta ini dibawa masuk secara persendirian oleh seseorang, sebelum mengambil keputusan untuk menjualnya. Sebagai kaki Nissan tegar, panggilan tersebut segera disahut Sharul yang kebetulan sedang mencari platform mainan baru. Macam boleh jer. Lagi-lagi bila menyedari belum ada sebuah pun Stagea siap bikin di sini.

Sebaik bertukar tangan, perkara pertama yang Sharul buat adalah menukar keseluruhan facelift depan dengan komponen milik Skyline R34 GTR Nismo. Yang ni memang perlu, memandangkan rekabentuk komponen asal agak abah-abah. Memastikan kedudukan lampunya tidak herot, keseluruhan rangka depan juga digantikan dengan komponen yang sama. Turut terlibat bahagian skirt sisi dan bumper belakang yang telah dilabuhkan secara kustom.

Sesuai dengan kuasanya, sistem hentian telah dinaik taraf menggunakan komponen Brembo milik Skyline R34 GTR untuk depan dan belakang. Keseluruhan sistem gantungan juga telah digantikan dengan set suspensi boleh laras Tein khusus untuk model ini. Merelip di ruang roda adalah rim Nismo LMGT4 berukuran 18-inci, yang dibalut pada tayar Achilles ATR Sport bersaiz 235/40ZR-18. Asal kaler lain, tapi sengaja dicat silver untuk tidak menjolok mata.

Untungnya, kereta ini didatangkan dengan enjin RB25DET secara standard. Kalau kita yang biasa-biasa ni, rasanya sudah memadai. Tapi bagi mereka yang kaki berat macam Sharul, ia perlu dinaik taraf mengikut corak dan gaya pemanduannya. Disebabkan fungsinya sebagai kereta keluarga, kotak gear automatik dengan sistem pacuan RWD asal terus kekal tanpa perubahan.

Biarpun bahagian dalamnya tidak diusik, keseluruhan enjin ini tetap dikeluarkan untuk tujuan kosmetik. Selain dibersihkan, bahagian dinding enjin telah dicat semula, termasuk menghilangkan lingkaran wayar kurang perlu. Mana-mana komponen yang sesuai juga telah dicantikkan menerusi proses celupan karbon.

Proses naik taraf tertumpu kepada sistem pendesak yang menerima unit turbo T3/T4 jenis Garrett AR50. Ia disangkut pada manifold turbo kustom, bersama wastegate Tial 38mm. Sejukan boost dibantu unit intercooler Skyline R34 GTR, dengan paip sambungan kustom. Manakala boost berlebihan akan dilepas keluar menerusi injap pelepas Sard.

RB25DET memiliki unit plenum kemasukan yang melintang di tengah enjin. Agak mengganggu jugaklah. Untuk tujuan kemasan, ia telah digantikan dengan komponen aftermarket, termasuk penggunaan throttle body kustom bersaiz 90mm. Suapan bahan bakar dibawa pam petrol Walbro terus ke rel bahan api HKS. Sementara unit piggyback AVS, membantu memudahkan proses talaan.

Satu perkara yang perlu dimaklumkan ialah, saiz pintu tanpa pilar kereta ini yang agak kontot. Rasanya pintu AD Resort Y10 lagi panjang. Keadaan ini menyebabkan ruang tempat duduk belakang agak sempit berbanding model saingan. Kekurangan ini bagaimanapun digantikan dengan kapasiti ruang kargo yang sangat luas. Jangan kata mesin basuh, nak angkut lemari baju pun boleh.

Hampir keseluruhan ruang ini masih mengekalkan komponen asal. Namun untuk gaya lebih premium, bahagian tempat duduk depan digantikan dengan komponen milik Skyline R34 GTR yang dibalut semula. Senarai gajet elektronik pulak terdiri daripada unit Defi ZD, meter tambahan Defi, meter boost Apexi, juga pemasa enjin HKS Type 1.

Menurut bancian tidak rasmi, cuma ada 3 unit Stagea di negara ini selain beberapa unit tanpa surat beranak. Keadaan ini sering menimbulkan tanda tanya, khususnya di kalangan mereka yang kurang maklum. Tapi bagi yang sudah mengenali, ia antara wagon berprestasi paling bergaya untuk dimiliki…

 

Previous Post

REVTEC HTHS PERFORMANCE

Next Post

MALAYSIA LIBERO CLUB ANNUAL GATHERING 2018

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved