Malaysia Libero Club (MLC) telah mengadakan pertemuan pada 6 & 7 Oktober yang lalu, bersempena mesyuarat agung tahunan kelab bagi penggal 2018-2020. Berlangsung di Felda Resident Mersing Johor, ia menerima sambutan yang agak menggalakkan apabila disertai hampir 90 buah kereta, meliputi ahli-ahli kelab dari seluruh pelusuk negara.
Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli telah sebulat suara memilih Abdul Latif Hadran sebagai Ketua Admin, sambil dibantu Mohd Zainal, Azizan Rahman, Muhammad Adzha dan Azren Ahmad untuk zon masing-masing. Mereka turut menetapkan Negeri Kedah sebagai tuan rumah, untuk sesi perjumpaan seterusnya.
Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim seperti sesi riadah, jamuan BBQ dan lain-lain. Mereka turut melancarkan tabung kutipan amal bagi membantu keluarga adik Afiq Azmi yang menghidap jantung berlubang. Acara berakhir dengan sesi foto bersama, sebagai tanda kenangan untuk pertemuan kali ini.