Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SKYLINE KENMERI INI BOLEH DIMILIKI PADA HARGA RM200K

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
03/09/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Amerika Syarikat ialah negara yang sangat taksub dengan kereta. Budaya kereta di sana telah bertapak sekian lama dan sebagai sebuah negara pengeluar kereta, budaya kereta di sini lebih tertumpu kepada kereta buatan mereka seperti Ford dan Chevrolet.

Tapi sejak kebelakangan ni, negara Uncle Sam ni mula menerima budaya kereta daripada luar, terutamanya daripada negara Jepun, seteru utama mereka semasa Perang Dunia Kedua.

Nissan Skyline 2000GT-X atau lebih dikenali sebagai Kenmeri dengan gaya modifikasi Zokusha ini ialah kereta terakhir yang anda akan terfikir didaftarkan secara sah di wilayah koboi, iaitu di Texas! Skyline ini mengenakan gaya Skyline Works GT-R yang pernah beraksi di perlumbaan Group 5 Super Silhouette.

Kereta ini diimport daripada Rocky Auto, sebuah syarikat modifikasi kereta klasik Jepun yang terkemuka yang mengubahsuai kereta ini mengikut gaya Zokusha yang sejati.

Skyline keluaran tahun 1977 ini dihiasi dengan fender flare yang lebar dan di bawahnya, satu set rim SSR Mark III 14 inci dengan kelebaran 10 inci di depan dan 12 inci di belakang. Offset rim-rim gaya retro ini ialah -38 di depan dan -49 di belakang yang memastikan rim ini akan memenuhi segenap ruang yang disediakan oleh fender flare yang dipasang pada kereta ni.

Gaya kereta lumba yang ingin ditonjolkan agak terserlah di ruang dalaman Skyline ini. Karpet asal telah ditanggalkan dan tempat duduk sebelah pemandu telah diganti dengan tempat duduk bucket penuh gaya retro.

Walaupun kereta ini tidak lagi mempunyai sebarang karpet, kereta ini masih dilengkapi dengan sistem pendingin hawa, tingkap berkuasa dan stereng berkuasa yang menjamin kereta ini masih boleh dipandu dengan selesa di atas jalanraya. Tak dilupakan, kereta ini dilengkapi dengan pemain kaset klasik yang masih berfungsi!

Dari segi mekanikal, Skyline ni telah disalin dengan enjin L28 2.8 liter yang menggantikan enjin L20 2 liter asalnya. Enjin baru ni diubahsuai dengan memasang 3 buah karburator Mikuni 44 yang menyalurkan petrol kepada keenam-enam silinder enjin.

Sistem gantungan Skyline ini diperbaiki dengan mengenakan satu set penyerap hentak bolehlaras Starroad dan brek gelendong asal di belakang dah diganti dengan brek jenis cakera.

Kereta ni kami temui untuk jualan di laman ebay beberapa hari lepas. Penjualnya meletakkan harga USD49,999 kepada bakal pembeli yang berminat. Jika anda biasa dengan sistem ebay, harga tawaran ini bergantung pada rundingan seterusnya. ia boleh ditawar berapa yang anda mahu.

JIka anda ada AP kereta klasik dan boleh dapatkan dokumen berkaitan dari si penjual, Kenmeri ini boleh dibeli. Di Jepun sendiri sudah agak payah nak dapatkan Kenmeri dengan kondisi seperti ini. ebay adalah lelongan awam, tidak seperti lelongan di Jepun yang terhad pada agen dan lebih rumit prosesnya.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MITSUBISHI EVOLUTION 9

Next Post

PROTON PERDANA MURAH, TAPI PARTS EVO PULAK MAHAL

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved