Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PROTON PERDANA MURAH, TAPI PARTS EVO PULAK MAHAL

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
06/09/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Saya rasa Malaysia memang bertuah, sebab walaupun dalam keadaan ekonomi tak menentu, pusat membeli-belah masih lagi meriah.

Downtown masa malam minggu orang macam semut hurung gula. Entah apa yang dicari pun tak tau. Ramai semacam. Saya pergi downtown sebab nak urut kaki saja. Paling maju pun beli remote Astro.

Balik ke kancah modifikasi kereta pun makin tak kurang nampaknya. Asal awal bulan sahaja, anda boleh tengok bengkel penuh dengan kereta. Bengkel modifikasi pun kalau cara bisnesnya betul memang akan terus meriah.

Sebenarnya kalau ikut kata pomen, repair kereta lagi senang daripada modifikasi dan untungnya solid. Tapi kebanyakan bengkel modifikasi tokey dia sendiri pun jenis kaki lari juga. Nak tak nak bila pelanggan datang, corak bisnes pun kenalah sama.

Kereta-kereta Proton mungkin tersenarai antara yang buat bengkel sebegini hidup. Cuba kira berapa kerat sangat bengkel yang specialist Honda? Toyota? Nissan? Tapi Mitsubishi mana-mana pomen hampir pasti boleh pegang. Apabila sebut Mitsubishi, walaupun harga half-cutnya kini dah tahap mencarut, pengikutnya masih ramai.

Ambil contoh Proton Perdana. Kereta ini murah, walaupun untuk model V6 yang dahulunya berharga lebih RM100,000. Sekarang nak beli RM10,000 pun boleh dapat. Itulah kelebihan kereta ini. Tapi setakat itu sahaja lah yang murah. Cuba tanya half-cut Evo sekarang berapa?

Untung main Perdana sebab tak perlu susah payah kawtim sana sini nak endorse enjin. Body 2,000cc dengan convert 4G63 tak ada ubah apa atas geran kecuali nombor enjin. Senang dan tak memeningkan kepala. Nak masuk enjin juga tak susah mana, direct bolt on dan semua perkakasan asal Evo boleh pakai balik (kecuali papan pemuka dan aksesori).

Enjin empat silinder turbo 4G63 walaupun cukup power, tapi apabila masuk dalam casis Perdana adalah lebih afdal kalau diubah suai. Ambik contoh brader Yusof ni. Projek Perdana dia bermula dengan enjin 4G63 VR4. Enjin itu disarungkan dengan blok Evo.

Enjin dibina semula dengan memasang BC Conrod yang diikat dengan ACL Bearing. Crankshaft asal diringankan semula, sementara pistonnya bersaiz 86mm daripada Wiseco. Blok dicantumkan dengan kepala selinder siap port dan polish. Hi-cam daripada HKS 272 dan diikat dengan bolt ARP.

Punca boost utamanya diganti dengan turbin Garret GT35 jenis ball bearing. Alat ganti bolt-on pula terdiri daripada intercooler Greddy, wastegate Tial 44mm, penapis udara HKS dan intake Super90. Fuel rail itu daripada SARD dengan tambahan pancitan luar 350cc.

Pendek kata, enjin ni dibina ‘by book’ mengikut tatacara yang betul. Akhir sekali ialah ECU Haltech yang dibantu oleh pelaras boost controller Greddy Profec B.

Kuasa enjin dihantar ke roda depan menerusi kotak gear manual lima kelajuan Evo 3. Ia diperkuatkan dengan pelapik klac 4 puck Exedy yang jarang-jarang orang Kuala Lumpur nak bawa kereta setiap hari dalam jam, boleh melantun kaki kiri.

Resepi terakhir pada kotak gear ialah final drive yang dibuat custom untuk ‘memanjangkan’ overdrive kereta ni. Sebenarnya, kalau kereta dah sampai 400-500hp, lima gear memang tak cukup.

Ingat pasal kelebihan Perdana yang lebih berat berbanding casis Wira dan Satria? Ya. Bila guna adjustable, linkage multilink banyak membantu proses imbangan semula keras-lembut kereta ini.

Contohnya kalau guna adjustable TEIN hi-low soft hard, tahap keselesaan masih boleh dikompromi. Sementara di selekoh masih boleh pegang stereng dengan yakin. Brek asal Evo 3 dengan pad Endless juga boleh diharap berhenti tepat pada masanya.

Bahagian kokpit nampak kemas dengan kemasukan sepasang kerusi Recaro Evo 6. Kategori kerusi separa bucket yang cukup sesuai untuk 2 dunia, keluarga dan racing. Meter tambahan yang dipasang termasuklah Defi BF Advance, papan pemuka Eterna dan stering Momo. Head unit yang nampak unik tu datang dari Nissan Grand Livina dan pembesar suara Carrozeria.

Bahagian luar digarap dengan kit badan Perdana Alfa, spoiler Asti pada bonet belakang dan sebuah spoiler yang rata-rata orang guna bukan nak sangat tengok bulan dan mentari. Tetapi nak nampak sporty bila kaca tu dijongketkan. Memang garang kalau kereta warna cerah.

Sekarang pun ada jenis jual sunroof dummy plastik tampal atas bumbung, bebal betul. Nampak siapa pakai lalu depan gua memang gua terajang. Apa ke benak sangat?

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

SKYLINE KENMERI INI BOLEH DIMILIKI PADA HARGA RM200K

Next Post

NILAI KLASIK PROTON SAGA MEGAVALVE

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved