Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Sindiket Curi Kenderaan Tumpas Di Rawang

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/01/2021
in BULETIN, UTAMA

Sebuah kereta ‘piang’ hanya dijual pada harga RM250 sehingga RM500 untuk dileraikan sebelum komponennya dilerai pihak ketiga.

Itu tindakan sindiket curi kenderaan yang mensasarkan kereta penduduk di daerah ini untuk dicuri.

Namun, aktiviti haram itu tidak bertahan lama selepas tiga lelaki berusia 25 hingga 38 tahun ditahan antara 3 Januari hingga semalam di sekitar Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penahanan suspek susulan laporan polis dibuat lelaki berusia 40-an selepas Honda Ferio miliknya hilang 5 Oktober lalu.

“Hasil risikan, anggota Balai Polis Rawang menahan suspek pertama di pekan Rawang dan merampas beberapa keping kad Touch ‘n Go yang mencurigakan jam 2 pagi, pada 2 Januari lalu.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki di sebuah bengkel haram di flat di Rawang Perdana, jam 5.30 petang ketika sedang meleraikan komponen Honda Ferio,” katanya pada sidang media di Balai Polis Rawang hari ini.

Menurut beliau, selain itu, pihaknya turut menemui tiga kereta yang dilaporkan hilang di Rawang, Bukit Sentosa dan Jinjang sebelum ini.

“Kami juga merampas dua kereta yang sudah dikacau ganggu nombor casis dan enjin. Ia dihantar ke Jabatan Forensik untuk pengesahan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya kini memburu Muhammad Fazli Subri atau dikenali sebagai Lie, 25, yang berasal dari Kampung Manik Urai Lama, Kelantan yang ada kaitan dengan sindiket terbabit.

Dalam perkembangan lain, polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam kes pecah rumah di Taman Seri Selayang, 4 Januari lalu.

Menurut beliau, suspek ditahan di sekitar Selayang kurang 24 jam selepas kejadian dilaporkan kepada polis.

“Mangsa yang berada di luar negara memaklumkan jirannya yang rumahnya dipecah masuk selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Pemeriksaan lanjut mendapati, sebuah Proton Saga dan dua motosikal berkuasa tinggi dilarikan suspek selain pelbagai barangan berharga di rumah mangsa,” katanya.

Menurut beliau, suspek berusia 35 dan 40 tahun itu memiliki rekod jenayah lampau ditahan bersama kereta dan motosikal yang dilarikan.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk rumah,” katanya.

Sumber : hmetro.com.my

 

Previous Post

Ada Potensi Untuk Pergi Lebih Jauh!

Next Post

Semuanya Tak Masuk Akal?

KATEGORI

  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW

POPULAR

  • PROTON SATRIA ENJIN LANCER GSR
  • Cita-Cita Datang Dengan Usaha Dan Usaha Datang Dengan Hasil
  • GAYA MUSCLE MITSUBISHI GTO
  • EASTERN SQUAD
  • PROTON PUTRA MIVEC
  • Kalau takut jangan ikut sebab ada yang nak main macam ni sampai berikat perut…
  • G’s RAWK!!!
  • RALLY LEGEND

CAPAIAN

  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • RSS - Posts
  • RSS - Comments
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved