Kelly-Moss Road and Race menghasilkan beberapa kereta epik dan Porsche 911s ini merupakan antara model tercantik pernah dihasilkan. Ianya bermula seperti 964 Carrera yang lain tetapi sejak beberapa tahun lepas, ia telah ditranformasi oleh Kelly-Moss Road and Race yang dimuatkan dengan fender depan dan belakang 9” dan 11”, panel roket, bumper kustom depan dan belakang dan juga kepak (wing) unik di bahagian belakang.
Ditambah pula dengan warna putih alpine dengan grafik camouflage kustom berwarna kelabu dan light pod fiber karbon pada hood dan dipadankan dengan lampu memandu Hella 4000. Selain itu, kereta ini dilengkapi dengan tayar Braid Rally 15” dengan 215/75 BFGoodrich All-Terrain T/A. Manakala untuk sistem brek dikendalikan oleh kaliper four-wheel discs Brembo diikuti rotor dan pad dari StopTech.
Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi dengan tiga coilover boleh laras, penyerap hentak Reiger, penyerap hentak depan dan belakang boleh laras KMR dan macam-macam lagi. Kereta ini dikuasakan oleh enjin 6 silinder 3.6 liter dilengkapi dengan piston, rod bearing, rod bolt, kepala silinder dan banyak lagi. Lebih istimewa, ia dilengkapi sistem enjin dari Clewett Engineering dengan kuasa yang dihantar ke semua empat-empat tayar menerusi transmisi manual dan organik klac Sachs.
Walaupun casis Safari ini mempunyai kira-kira 54,000 batu, dengan modifikasi dan binaan semula yang menyeluruh ini menjadikan ia seperti masih lagi baru. – Carscoops