Kejadian berlaku di litar Interlagos di Brazil pada hujung minggu lalu ketika perlumbaan Sao Paulo Automobile Championship. Perlumbaan ini dianjurkan secara eksklusif untuk model Mercedes-Bens dan berlangsung secara normal sehingga sebuah kereta Mini Cooper putih memasuki litar dan memaksa pihak keselamatan menghantar pasukan untuk mengiringi keluar kereta tersebut.
Menurut sebuah penerbitan Brazil UOL, pemandu wanita berusia 29 tahun yang bernama Renata Monti itu menyertai sebuah lagi perlumbaan di litar berhampiran. Setelah melepasi beberapa kilometer, Renata memberitahu yang dia sesat dan sebelum sedar mengenainya, dia telah pun berada dalam litar yang salah.
Awalnya, Renata bersama teman lelakinya menghadiri satu acara “Forbidden Races” untuk menyaksikan teman-teman mereka yang mengambil bahagian. Namun, salah seorang dari mereka mengalami kerosakan dan tidak dapat menyertai perlumbaan. Walaupun hampir kesemua para peserta adalah lelaki, Renata teruja untuk menyertai perlumbaan tersebut kerana melihat ada beberapa lagi peserta wanita.
Semasa perlumbaan Mercedes-Benz berlangsung, komentar mengulas yang pemandu Mini tersebut sepatutnya ditangkap kerana tidak menyedari yang pada masa sama Renata berada di atas litar kerana kebetulan yang tidak disengajakan. Walaubagaimanapun, Sao Paulo Automobile Federation bertegas untuk menyiasat insiden ini. – Carscoops