Baru-baru ini, Toyota Yaris Ativ telah membuat penampilan pertamanya di Thailand dan ia kelihatan seperti sebuah kereta Baby Corolla. Toyota mendedahkan Yaris Ativ generasi keempat ini di Thailand, sebuah sedan kecil yang dijual di bawah plat nama Vios di pasaran lain.
Bercakap tentang gaya, Toyota Yaris Ativ ini asasnya kelihatan seperti sebuah sedan ‘baby’ Corolla. Bukaan yang luas memenuhi sebahagian besar bampar hadapan, diapit pula dua headlight yang tampil agresif. Dari sudut profil, ia kelihatan lebih muskular berbanding generasi sebelum ini, kesan dari pembahagian seimbang yang dipertingkatkan dan rim sebesar 16-inci. Akhir sekali, bahagian belakang yang lebih sporty dengan tail light bersegi dan lebih bersifat aerodinamik yang hampir menyerupai gaya fastback.
Selain itu, Toyota turut menawarkan beberapa tambahan untuk pakej pilihan Presto termasuk bampar dan juga penambahan sisi serta wing belakang. Bukan itu sahaja, Toyota baharu ini berasaskan Daihatsu New Global Architecture (DNGA) tidak seperti Yaris hatchback dengan spesifikasi EU yang diletakkan atas platform TNGA-B. Justeru, ia lebih lebar berbanding generasi terdahulu yang berukuran 4,425 mm (174.2 inci) panjang, 1,740 mm (68.5 inci) lebar dan 1,480 mm (58.3 inci) tinggi. Manakala perbezaan ketara wheelbase iaitu 2,620 mm (103 inci), yang mana lebih panjang 70 mm (2.8 inci) berbanding generasi sebelumnya.
Ia dikuasakan enjin 4-silinder Dual VVT-iE 1.2 liter (NA) yang menghasilkan 93 hp (69 kW / 94 PS) dan tork 110 Nm (81 lb-ft). Enjin ini kemudiannya dikombinasikan secara eksklusifnya dengan gearbox automatik Super CVT-i, menghantar kuasa ke axle bahagian hadapan. Terdapat tiga mod pemanduan; Eco, Normal, dan Sport. Model sub-kompak ini dilengkapi brek disk pada kesemua roda, strut McPherson di bahagian hadapan dan spring koil di bahagian belakang.
Di bahagian dalam kabin, rekaannya tampil agak moden untuk kenderaan segmen ini. Dashboard tampil lebih ringkas dan dihiasi material premium untuk upholsteri seperti kulit sintetik berwarna merah. Skrin sesentuh infotainmen 9-inci sesuai untuk semua ciri-ciri ketersambungan moden, dipadankan dengan kluster instrument semi digital 7-inci di bahagian belakang stereng baharu dengan beberapa butang.
Terdapat 4 slot USB, penghawa dingin automatik dengan saluran untuk para penumpang di bahagian depan dan belakang, lampu ambien 64-warna, sistem bunyi 6-speaker Pioneer dan pembahagi ruang simpan barang. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Toyota Safety Sense dengan beberapa ciri ADAS seperti adaptive cruise control, rear cross-traffic alert dan monitor titik buta.
Toyota Yaris Ativ sudah pun berada di Thailand dan dijual pada harga bermula dari 539,000 baht (RM67,522.22) and 689,000 baht (RM86,313.19) bergantung kepada varian yang dipilih. Toyota Yaris Ativ ini bakal berada di pasaran Asia yang lain dibawah plat nama Vios tidak lama lagi.
Sumber : Carscoops