Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SEBIJAK ANDA

Saiful by Saiful
14/01/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Rasa pernah dengor, jumpa pun pernah. Tapi nak mendapatkan maklumat tentangnya macam cari skru dalam takung minyak itam. Dah benda wujud masa zaman henpon Motorola besar batu bata. Internet 1515 pun takde lagi. Memang gagal ler Encik Google nak simpan rekod bagai…

Nampak remeh, tapi benda-benda ginilah yang menyebabkan pencariannya lebih menarik dan dramatik, khususnya kepada mereka yang teruja untuk mencari kelainan dalam kelompok peminat yang sama. Asyik-asyik salin Mira. Sekali-sekala main MDM pun mari jugak. Hasil perkongsian bersama rakan-rakan, gua akhirnya berjaya mendapatkan sedikit maklumat berkenaan model ini.

Dikenali sebagai Kancil ERA, ia telah dilancarkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam satu majlis khas di Langkawi International Motor Show (LIMS) pada 28 Oktober 1995. Ikut kiraan kukuletor, hampir 14 bulan selepas model pertama Kancil diperkenalkan. Ia bersesuaian dengan matlamat Perodua untuk mempelbagaikan variasi model ini, memandangkan mereka tidak mempunyai hak melancarkan sebarang model baru ketika itu.

Sebagai sebuah model edisi terhad, ERA datang dengan pakej yang tersendiri. Secara relatifnya, ia masih sebuah Kancil yang biasa tapi diberi tona warna hitam-silver, rim aloi Enkei 5 spoke 12-inci, serta tambahan aksesori di sana-sini. Lepas sebu dengan tema sedia ada, Fikri cuba mencari kelainan dengan mengetengahkan konsep MDM Kancil ERA ke atas keretanya ini. Modal pun tak besor!

Untuk luaran, kit badan ERA dan kaler hitam-silver merupakan perkara paling wajib yang perlu dilakukan ke atas kereta ini. Ia kemudian dilengkapkan dengan aksesori MDM yang sepadan, macam spoiler atas dan tengah keluaran JRD, reflektor Kancil Lompat pada boot belakang, reflektor nombor plet, termasuk tambahan aksesori krom yang lain. Ikutkan ada lagi aksesori yang boleh diguna pakai. Mungkin Fikri tak minat mana. Memandangkan rim sukan ERA terlalu kecik, Fikri gantikannya dengan rim PCD 110 jenis SSR Type C bersaiz 14-inci,. Rare sangat tuh…

ERA datang dengan enjin yang sama seperti Kancil model pertama. Dah masuk 2017 kot, takkan nak gasak enjin tu lagi. Sebagai penyelesaian, enjin turbo EF-RL dari Move L600 telah dipilih sebagai ganti. Pun begitu, belum ada peningkatan yang boleh diceritakan, kecuali penggunaan injap pelepas HKS SSQV yang cukup femes di kalangan pemilik Kancil turbo!

Bahagian dalam mengekalkan konsep yang sama, cuma diambil dari keluarga Mira yang berbeza. Bermula dengan penggunaan dashboard Mira L200S, sebelum ditambah beberapa komponen lain. Ada meter putih TRXX, songkok aircon di bahagian tengah, panel pintu dengan 4 tingkap kuasa Mira L200, juga karpet dasar Mira L500 berwarna merah. Stereng Momo Daihatsu tu pun mau berkicap kalau nak dapat…

Nak cari tempat duduk asal Kancil ERA, rasanya dah lunyai sangat. Jadi ia telah digantikan dengan tempat duduk Mira Grand yang lebih pejal. Belakang ada amrest der, siap sarung tempat duduk Mira lagi. Sisipan elektronik pulak, mengandungi deretan meter Defi, unit RSM Apexi serta unit AFC Neo Apexi.

Kereta ini berjaya menarik perhatian ramai, walau di mana saja ia berada. Padahal pakai kit badan MDM jer pun. Nampaknya misi Fikri untuk lari dari konsep kebanyakan, sudah berjaya…

 

SPESIFIKASI

  • Nama – Fikri (Mat Labi)
  • Pengeluar – Perodua
  • Model – Kancil 660
  • Tahun – 1996
  • Enjin Asal – EF-CL 660
  • Modifikasi Enjin – EF-RL (Move L600), injap pelepas HKS SSQV
  • Transmisi – Automatik
  • Ekzos – Paip kustom, muffler Kakimoto Regu 06&R
  • Luaran – Kit badan Kancil ERA, spoiler JRD Kancil ERA, reflektor boot belakang Kancil ERA, reflektor nombor plet, aksesori berkrom, cermin sisi krom Ganador
  • Suspensi – Mira L500
  • Brek – Mira L500
  • Rim & Tayar – SSR Type C 14-inci & Achilles ATR K-Sport 165/55R-14
  • Dalaman – Dashboard Mira L200S, meter putih TRXX, songkok aircon tengah, panel pintu Mira L200, karpet dasar Mira L500, stereng Momo Daihatsu, tempat duduk Mira Grand, sarung tempat duduk Mira, meter Defi, RSM Apexi, AFC Neo Apexi
  • Bengkel – Paka Turbo Garage, SDI Garage, FF Autopart

 

 

Previous Post

DRIVE 4 PAUL MALAYSIA

Next Post

ESTRADA BY PULZAR MALAYSIA @ MSF SUPER TURISMO FINALE

KATEGORI

  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW

POPULAR

  • HONDA JAZZ GK5 BUKAN BESHE BESHE…
  • Lexus LM 350 Dilancarkan Di Malaysia
  • SATRIA GTI R3 4G63 EVOLUSI GTi
  • MITSUBISHI LANCER EVO X
  • HONDA CIVIC K24
  • Sambutan Ulang Tahun Pertama VKC Yang Tertunda
  • KAPTEN EVO
  • MYVI BOON JDM BOON JADIAN
  • COME OUT & PLAY
  • AIRWALKER

CAPAIAN

  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • RSS - Posts
  • RSS - Comments
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved