Lotus mempunyai perancangan yang cukup baik untuk masa terdekat dengan menyasarkan peningkatan sebanyak 100 kali ganda dalam pasaran global dalam masa enam tahun akan datang khususnya untuk kenderaan elektrik dan SUV China yang menjadi fokus utama mereka. Jenama yang cukup dikenali menerusi produk seperti kereta sport kompak dan kereta lumba, sedia untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik besar-besaran.
Buat masa ini, Lotus Group meneroka senarai pasaran stok dalam dua tahun akan datang bagi memberi jaminan terhadap dana bagi memperluaskan kenderaan elektrik dan juga mengembangkan lagi beberapa pengeluaran utama antarabangsanya. Tahun lalu, Lotus Group yang majoritinya kini telah dimiliki oleh pengeluar China Geely, mengeluarkan lebih 1710 unit kereta di kilang syarikatnya di Hethel, UK.
Menurut pengarah urusan divisyen kereta sport di Lotus Group, Matt Windle berkata Lotus Eletre yang diperkenalkan sebagai Hyper-SUV elektrik pertama dunia, bersama sebuah lagi SUV dijangka bakal diperkenalkan pada tahun 2025. Selain itu, sebuah kereta sport juga dirancang untuk dikeluarkan pada tahun 2026.
SUV Lotus Eletre yang bakal berada di pasaran global pada tahun 2023 ini bakal menjadi pencetus kepada segala-galanya. Kemudian, bakal menyusul pula adalah sebuah lagi SUV 4-pintu Panamera pada tahun 2025 dan diikuti sebuah kereta sport pada tahun 2026.
Bagi makluman, Lotus telah memisahkan operasinya kepada dua divisyen pada tahun lalu; divisyen pertama berdasarkan Norflok yang menghasilkan kereta sport dan unit gaya hidup Lotus di Wuhan China yang juga menghasilkan kenderaan SUV elektrik termasuk SUV Lotus Eletre.
Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, syarikat ini menyasarkan untuk meluaskan lagi penguasaannya untuk kedua-dua keretanya; supercar elektrik Evija dan kereta enjin pembakaran Emira, serta SUV untuk masa hadapan dengan memastikan ia diterima dalam kalangan peminat kenderaan di China.
Sumber : Autoevolution