Honda berkongsi tentang rancangan untuk mendedahkan model-model generasi terbaharu akan berada di pasaran dalam beberapa tahun akan datang. Kebanyakannya didatangkan sebagai hybrid. Sebagaimana tahun 2022 dikenali sebagai tahun untuk SUV, Honda bakal memperkenalkan semua model baharu untuk HR-V, CR-V, CR-V Hybrid dan Pilot.
Menurut timbalan presiden jualan auto di American Honda, Mamadou Diallo, beberapa lagi kenderaan akan diumumkan. Hala tuju Honda dalam elektrik benar-benar meningkat dengan jualan CR-V Hybrid terbaharu dan bakal disusuli Accord Hybrid. Pada masa akan datang, Honda akan memperkenalkan semula Civic Hybrid.
Dalam penampilan pertama crossovers untuk tahun ini, Honda merasakan masa yang sesuai untuk penampilan CR-V baharu and CR-V Hybrid. Ia dikatakan lebih bergaya berbanding model-model terdahulu. Lampu hadapan yang nipis, sama seperti yang pernah diumumkan pada crossover elektrik Prologue baharu.
Namun begitu, masih belum jelas samada CR-V akan kelihatan seperti imej yang dikeluarkan oleh China tetapi kedua-duanya mempunyai penampilan hampir serupa. Sebagai contoh, Honda Honda HR-V baharu mempunyai gaya bahagian hadapan yang berbeza Amerika Utara tetapi bahagian keseluruhan yang lain, sama untuk kedua-dua varian.
Buat masa ini, Accord Hybrid baharu masih lagi misteri. Model yang ada menggunakan elektrik yang dibantu enjin 4-silinder 2.0-liter dengan output keseluruhan 212 hp (158 kW).
Sumber : motor1