Jika dilihat pada jadual, sambutan ulang tahun pertama Vios Klang Community (VKC) sepatutnya diadakan dan diraikan setelah genap setahun usianya pada 6 Februari lalu. Namun begitu, keadaan tidak mengizinkan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga keadaan sedikit reda dan apabila diumumkan aktiviti riadah telah pun dibenarkan.
Diadakan pada 3 April lalu, sambutan ulang tahun pertama ini bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 7.30 petang dan menghimpunkan komuniti kereta Vios berdasarkan kiran manual. Terdapat 69 buah kenderaan hadir memeriahkan lagi sambutan ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Setiap peserta yang hadir perlu mengimbas My Sejahtera yang disediakan oleh admin VKC.
Selain acara memotong kek, setiap pemilik kereta diberikan badge button ulang tahun pertama VKC. Bagi merakam kenangan bersejarah ini, pihak admin telah menggunakan perkhidmatan jurufoto profesional dari Ayie Photographer. Diharapkan Vios Klang Community dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti riadah termasuk majlis amal atau fundrive di masa akan datang. Pihak admin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memeriahkan lagi sambutan ulang tahun pertama VKC ini.
“Biar Kita Tak Ramai, Janji Kita Ada”