Sebagaimana yang semua sedia maklum, Shanghai Auto Show 2021 telah membuka tirai dan sedang berlangsung. Pelbagai jenama turut menyertai acara yang dikatakan terbesar di dunia ini. Namun, salah satu yang berjaya mencuri tumpuan setakat ini ialah sebuah kereta konsep MINIEV Cabrio dari China di bawah jenama Wuling.
Mungkin ia seperti sesuatu yang pernah dilihat sebelum ini kerana ia mempunyai persamaan dengan Dartz FreZe. Kereta elektrik dari The Dartz ini merupakan sebuah elektrik yang mampu milik di Eropah. Sementara itu, MINIEV Cabrio ini berasaskan konsep MINI EV dari Hong Guang yang sedang dalam pengeluaran hasil kerjasama di antara China dan SAIC, General Motors dan pakar mikrovan China Wuling.
Salah satu faktor jualan MINIEV ini adalah, ia dijual pada harga yang sangat murah. Lebih murah berbanding Dartz di pasaran Eropah tadi. Dikatakan, penjualan kereta mikro ini semakin meningkat dengan sebanyak 15,000 unit telah sah dijual dalam tempoh 20 hari pertama dan selepas beberapa bulan kemudian, Hongguang menerima sebanyak 50,000 tempahan.
Ekoran kejayaan ini, mendoroang kepada pendedahan MINIEV Cabrio konsep pada hari pertama Shanghai Auto Show. Beberapa ciri unik dan menarik yang ada pada model sebelum ini turut didapati pada MINIEV Cabrio konsep ini.
Kalau ia benar-benar dikeluarkan dan mula dipasarkan, adakah yang berminat untuk membeli MINIEV Cabrio ini di Malaysia?
Sumber : Carscoops