Lancer merupakan salah satu model kereta keluaran Mitsubishi yang paling diminati ramai di seluruh dunia amnya buat beberapa tahun. Namun, permintaan untuknya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini dan menyebabkan ia tidak lagi dikeluarkan. Namun begitu, seorang pereka automobil, Enoch Gonzales membayangkan bagaimana Lancer akan kelihatan sekiranya ia masih diteruskan pengeluarannya pada hari ini. Mungkin benar tiada lagi Lancer tetapi tak salah untuk berkongsi apa yang telah dihasilkan oleh Enoch, kan?
Enoch telah mereka dan membayangkan generasi terbaharu Lancer ini buat kali pertama sekitar lima tahun lalu. Beberapa kemaskini telah dilakukan ke atas model ini dan beberapa perubahan menjadikan ia kelihatan lebih moden. Bahagian yang paling menarik pada sedan ini adalah bahagian fascia depan yang didatangkan dengan headlight serta LED yang tajam untuk siang hari. Ia kemudian disertakan pula dengan trim silver di bahagian luar gril. Menyentuh bahagian gril, ia kelihatan agak berbeza dengan model terkini Mitsubishi.
Bahagian sisinya pula dalam pula memperlihatkan ‘lipatan’ yang menonjol dari tayar hadapan sehingga ke bahagian belakang. Cermin sisinya juga diletakkan di bahagian pintu, sama seperti rekaan yang kini ada pada Mitsubishi Outlander dan Eclipse Cross yang telah dikemaskini. Bahagian belakang pula mirip Lexus IS 2021 dengan lampu belakang LED dan light bar yang disempurnakan pula dengan spoiler bootlid lip juga sama seperti Lexus.
Sumber : Carscoops