Bila disebut BMW, kita memang akan terus terbayangkan model-model siri M dorang yang memang menjadi idaman ramai penggila kereta Conti ni. Peminat memang ramai, tapi untuk memilikinya bukan sesuatu yang mudah. Tapi kan, kalau diikut-ikutkan, jika kita beli sebuah kereta lepas tu diubah suai dengan bermacam-macam, mungkin juga kita mampu membeli sebuah BMW ni setelah dikira-kira. Betul tak? Tapi itulah, minat masing-masing dan kita tak boleh nak menjangkakan apa-apa. Harap jangan dikecam ye.
Untuk sebuah model E46 M3, jentera ini boleh dikatakan yang amat menarik dan bersih penampilannya. Ada sorang member juga yang pakai M3 ni. Dia punya sayangkan kereta, sekarang duk selimut je sebab dah banyak fokus dengan main basikal pulak. Hari-hari dia buat posting IG dan Facebook semua gambar basikal. M3 dah lama tak nampak.
M3 ini didatangkan dengan nadi berkuasa 3.2 liter. Beberapa naik taraf lain yang dilakukan pada enjin ini adalah dengan pemasangan kotak angin GruppeM, sistem penyejukkan Morosso, Okada performance coil, kipas elektronik Spal serta sistem ekzos Eisenmann Race Quad 83mm dengan paip tengah yang dikustomkan. Kotak gear SMG II dengan 6 kelajuan memastikan kuasa dari enjin akan menampilkan persembahan yang hebat ketika jentera ini beraksi di atas jalan raya.
Untuk sesebuah jentera yang buas seperti ini, ianya memerlukan sistem brek yang amat berkuasa. Oleh itu, Brembo GT8 8pot dengan rotor berukuran 380mm telah dipasangkan di bahagian depan manakala Brembo 4 pot di belakang bersama rotor berukuran 345mm. Sistem suspensinya juga tidak diabaikan. Untuk bahagian depan, set penyerap hentak asal masih lagi berkhidmat dengan cemerlang manakala belakang, telah dipasangkan dengan absorber dari Bilstein B8.
Ruang dalaman dan luarannya, korang boleh tengok sendiri. Kesemuanya masih lagi asli milik M3. Tiada apa yang perlu kita ubah lagi kalau ianya sudah cukup memberi rasa selesa. Mungkin ada beberapa perubahan yang dilakukan, itupun tidak menjejaskan lagi penampilannya sebagai sebuah kereta conti.
Rim M3 CSL kekal tampak menarik untuk model seperti ini kerana rekaannya amat berpadanan dengan konsep yang ingin ditampilkan pada model M3. Sejuk mata memandang…
SPESIFIKASI
- Pemilik – Zulfadly Rahman & Abdul Rashid Amin
- Pengeluar – BMW
- Model – E46 M3 Sedan
- Tahun –
- Modifikasi Enjin – ull Engine Swap E46 M3 S54B32 3.2L NA, GruppeM Airbox, Morosso expansion cooling tank, OKADA Performance Coil + Iridium Plugs, Spal Electric Fan with custom shroud, 338bhp @ 7900Rpm, 65Nm torque @ 4900Rpm, Eisenmann Race quad exhaust 83mm with custom center pipe.
- Transmisi / Gearbox – SMG ii 6 Speed. RWD. Reinforced rear frame with Polyurethane Bushing.
- Elektronik / ECU – Stock E46 M3
- Ekzos –
- Suspensi – Stock E46 M3
- Brek – Front Brembo GT 8, 8pot. Rotor size 380mm, Rear Brembo 4pot. Rotor size 345mm
- Rim & Tayar – 19 inches E46 M3 CSL staggered wheels, 8.5jj Et44 (depan) Weight 10.5kg, Michellin PS4S 254/35/19, 9.5jj Et27 (belakang) Weight 11.35kg, Michellin PS4 275/35/19
- Dalaman – E46 M3 Seats Front and Rear. Reupholstery done by Newton Leather. Material Alcantara + Nappa Leather, Rear View mirror original E46 M3, Original E46 M3 Steering Wheels with paddle shifters, SMG gearknob shifter, Trapo Hex premium Mat, Msport Japan spec doorcards.
- Luaran – Full original bodyparts from E46 M3 (please refer attachment for bodyparts listing)
- Bengkel – Conti JDM Auto