Sambutan luar biasa dari pengunjung pada tahun 2023, mendorong Art Of Speed kembali dengan lebih besar dan lebih baik untuk tahun 2024. Bakal diadakan pada 27 dan 28 Julai, acara Kustom & Counter Culture terulung di Malaysia ini dijadualkan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).
AOS 2024 mengalu-alukan kedatangan tetamu komuniti kustom dan media antarabangsa. Antaranya termasuk Shige Suguname dari Mooneyes (Jepun), ikon drift terkenal dunia, Daigo Saito, Katie’s Custom (Jepun) yang akan menampilkan motosikal kustom Vincent Black Shadow. Diikuti STOOP Motorcycles (Jepun), Evilact (Jepun), Nigel Petrie (Australia), Spinny (Thailand), Little Boy Cycles (Thailand), Tengku Djan, The Prince of Drift (Malaysia) dan ramai lagi.
Terdapat beberapa perubahan untuk AOS 2024 seperti SoundCircus yang diadakan di dalam dewan dengan persembahan dari kugiran muzik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Muzik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi. Dijadualkan berlangsung sepanjang acara dari 27 dan 28 Julai.
Buat pertama kalinya, Art Of Speed berkolaborasi dengan Selangor FC (SFC) dalam menyokong kempen SFC yang sedang berjalan; “Stop The Violence”. Selain itu, beberapa lagi pembaharuan yang dapat dilihat sepanjang AOS 2024 iaitu Komuniti Moto4sale untuk jual beli motosikal bawah 500cc, kolaborasi Art of Speed bersama IGL Coatings akan mempamerkan coating edisi terhad yang dibuat khas untuk penunggang motosikal dan motosikal.
AOS turut berkolaborasi bersama 4 jenama Art of Speed X Zippo, Art of Speed X Von Dutch (baju kerja dan topi), Art of Speed X Selangor FC dan kolaborasi yang ditunggu-tunggu iaitu Art of Speed x MOONEYES. AOS Invitational Build-Off kembali dengan 10 orang pembina binaan khas yang akan merebut hadiah wang tunai dan juga peluang untuk menghantar motorsikal kustom mereka ke Jepun untuk acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.
Semua ini dan banyak lagi bakal diadakan pada AOS 2024 di MAEPS. Cabutan bertuah tahun pula berlangsung pada hari Ahad dan ianya istimewa kerana hadiahnya merupakan kolaborasi antara AOS X QARTEL TV. Seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan SATU (1) Honda yang telah dimodifikasi. Kereta ini merupakan kenderaan “moden” pertama yang dipilih sebagai hadiah, dipilih kerana berfungsi serba boleh dan kecakapannya. Oleh itu, AOS telah bekerjasama dengan pakar Honda, Qaqal Jeffry dari QARTEL TV.
Pas hujung minggu AOS 2024 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. Baharu untuk tahun 2024 adalah pilihan untuk mendapatkan parkir tiket valet VIP. Dengan bayaran RM30.00, pengunjung boleh meletakkan kereta mereka di aras bawah di Dewan D dan ia sah untuk kemasukan sehari.
*Tidak termasuk yuran pemprosesan RM3