Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Auto-City Carnival 2024, Kembali Dengan Aktiviti Lebih Padat, Penyertaan Lebih Hebat!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/07/2024
in BULETIN, UTAMA

Selama tiga hari berturut-turut, Auto-City Juru di Pulau Pinang telah menjadi tumpuan para peminat dunia permotoran dan automotif dengan penganjuran Auto-City Carnival 2024. Acara tiga hari ini bermula dari 5 Julai bersamaan Jumaat petang dengan persembahan muzik yang mengagumkan, membuka tirai untuk hujung minggu penuh dengan pelbagai aktiviti yang memenuhi citarasa peminat automotif.

Namun, kehangatan sebenar bermula pada keesokan harinya iaitu hari kedua dengan lebih banyak aktiviti. Antara yang menjadi tumpuan dan menarik perhatian rumah sudah semestinya, Modified Car Competition, Audio Car & Lorry competion dan banyak lagi. Penyertaan dari para peminat modifikasi audio ini membuka mata dan menjadi hiburan kepada para pengunjung yang datang untuk memeriahkan penganjuran Auto City Carnival ini.

Bermacam-macam gelagat dan ragam yang dapat dilihat menerusi barisan kereta dan juga lori yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang beradu daya kreativiti peserta ke atas jentera masing-masing. Kalau selama ini ramai yang cuba lari setiap kali bersaing dengan lori-lori besar di atas jalan raya, berbeza pula keadaannya di tapak acara karnival ini. Rata-rata pengunjung yang hadir, terpesona melihat barisan lori yang dihias cantik.

Tidak cukup dengan kereta-kereta dan juga barisan lori yang berentap untuk muncul sebagai yang terbaik, para peminat turut berpeluang menyaksikan kehadiran barisan kereta antik yang kelihatan masih lagi segak. Ada juga yang mengambil peluang ini untuk bergambar bersama jentera unik ini di samping merakam kenangan dengan barisan jelitawan yang bertugas sepanjang karnival ini berlangsung.

Bukan peminat modifikasi kereta dan lori sahaja, segmen khas untuk peminat dua roda pun turut disediakan. Antaranya seperti Yamaha Motor Convoy dan juga Supermoto Show yang dipersembahkan oleh Team KMTR Asia. Aksi-aksi yang cukup berani dan mendebarkan ini tetap menghiburkan para pengunjung yang sudi meluangkan masa hujung minggu untuk menyokong penganjuran karnival auto kali ini.

Dari siang hari membawa ke malam, tapak karnival semakin dipenuhi para pengunjung dan tidak berkurang. Malah, tapak karnival sentiasa dihangatkan dengan pelbagai aktiviti dan acara selingan seperti persembahan pentas yang menghiburkan para pengunjung dan juga para peserta yang memasuki pertandingan. Malah, tapak karnival menjadi hangat dengan persembahan tarian K-Pop yang cukup bertenaga.

Pada hari ketiga dan juga penutup, aktiviti-aktiviti yang diadakan tetap sama dengan kehadiran lebih ramai pengunjung yang membawa keluarga masing-masing termasuk anak-anak yang masih kecil. Tentunya penganjuran Auto-City Carnival ini sangat bermakna kepada para peserta yang berjaya membawa pulang hadiah kemenangan. Tidak ketinggalan juga, yang berkunjungan bersama keluarga tercinta. Semoga Auto-Cuti Carnival terus menggegarkan dan menyediakan lebih banyak aktiviti di masa akan datang!

Previous Post

Raikan Tahun Baru 2024 Bersama Cinta Tanpa Benci, Perpaduan Tanpa Sempadan

Next Post

"Stop The Violence" Raikan Perpaduan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved